web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Negeri Beralih Ke Fasa 2 PPN Mulai Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 6:28PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan  Terengganu beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini. 

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berdasarkan nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang telah berjaya dicapai.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini. 

Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Ismail Sabri berkata dalam Fasa Dua PPN, pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali untuk guru sekolah dan pelajar kelas-kelas peperiksaan.

“Selain itu, pengecualian khas akan diberikan kepada pasangan jarak jauh dalam kes-kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata sektor yang dibenarkan beroperasi dalam Fasa Dua PPN adalah Sektor Perdagangan dan Pengedaran iaitu kedai buku dan alat tulis; komputer dan telekomunikasi; barangan eletrik; kedai cuci kereta; dan kedai gunting rambut, iaitu hanya perkhidmatan gunting rambut asas.

Selain itu pasar tani dan pasar pagi dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 11 pagi dengan jualan dihadkan kepada enam komoditi utama iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.

“Bagaimanapun pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka,” katanya.

Di bawah Fasa Dua PPN, Ismail Sabri berkata kapasiti pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu atau ‘essential services’ akan dinaikkan kepada 80 peratus dan pihak majikan perlu memastikan penjarakan fizikal serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi setiap masa.

Beliau turut memaklumkan yang aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tiada sentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri; adalah dibenarkan.

Ia termasuk aktiviti secara individu seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, skate boarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis perseorangan, golf, permotoran dan seumpamanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Penyelaras PPN berkata pelaksanaan PPN telah menunjukkan perkembangan positif apabila lima negeri kini beralih ke Fasa Dua. 

“Nilai ambang di negeri-negeri dalam fasa dua ini akan dipantau dan dinilai, sekiranya ada peningkatan kes…ia akan dibincangkan dalam sidang khas MKN untuk keputusan lanjut,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad