web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hidup Makin Terdesak, OKU Kibar Bendera Putih Mohon Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 11:57AM

Mohd Nor, terpaksa mengibarkan bendera putih di tingkap rumahnya selepas 3 bulan terputus mata pencarian akibat pelaksanaan PKP sebelum ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHERAS - Biarpun dilahirkan tanpa sepasang lengan, Mohd Nor Abdullah, tidak pernah menjadikan kecacatan fizikalnya itu sebagai satu alasan untuk tidak berdikari dalam mencari rezeki yang halal.

Namun, tepat jam 12 malam Khamis lalu, dia terpaksa mengalah dan mengibar bendera putih di luar jendela bilik sewanya bagi merayu bantuan demi meneruskan kelangsungan hidup.

 Mohd Nor Abdullah
Mohd Nor Abdullah

Seperti ramai yang berbuat sedemikian sepanjang minggu ini, pemuda berusia 29 tahun itu juga sudah buntu berfikir, bagaimana lagi harus diharung pandemik COVID-19 tidak berkesudahan ini.

“Saya tak tahu nak buat apa dah. Pening. Kali ini saya memang berserah nasib saya kepada Allah S.W.T sahaja.

“Malah ada satu ketika saya pernah rasa macam sudah tak mahu hidup lagi di dunia ini,” luah Mohd Nor yang pernah tular pada Julai tahun lalu di Facebook kerana menjual nasi lemak serendah RM1.50 sebungkus.

Antara bantuan diterima ‘Dek Mat’ hasil sumbangan orang ramai yang melihat bendera putih yang dikibarkan di tingkap rumah sewanya di Cheras.
Antara bantuan diterima ‘Dek Mat’ hasil sumbangan orang ramai yang melihat bendera putih yang dikibarkan di tingkap rumah sewanya di Cheras.

Menurut Mohd Nor yang mesra disapa sebagai, ‘Dek Mat’, sudah tiga bulan dia terputus mata pencarian akibat pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

“Ekonomi makin teruk sekarang ini. Tambahan pula dengan kes jangkitan yang semakin tinggi dan sekatan jalan raya di sekitar sini, sudah tak ada orang datang membeli nasi lemak saya.

“Saya ada minta tolong rakan-rakan tapi mereka cuma boleh tolong bagi bantuan makanan saja. Dari segi kewangan memang mereka tak boleh nak bantu saya sangat. Mereka pun sesak juga,” kata Mohd Nor kepada Getaran.

Buat masa ini, sumber kewangan Mohd Nor hanya datang daripada duit bulanan Baitulmal dan elaun OKU (Orang Kelainan Upaya) yang berjumlah RM1,000.

“Selepas membayar sewa rumah. Saya hanya ada RM650 untuk berbelanja. Memang tak cukup untuk bertahan selama sebulan. Harga makanan sekarang pun sudah semakin mahal, tak macam dulu,” keluhnya.

Rintihan Mohd Nor mendapat perhatian apabila orang ramai menghulurkan sumbangan kepadanya.
Rintihan Mohd Nor mendapat perhatian apabila orang ramai menghulurkan sumbangan kepadanya.
Mohd Nor menjual nasi lemak sebelum ini namun disebabkan PKPD, ia menjadi kekangan kepadanya untuk mencari rezeki.
Mohd Nor menjual nasi lemak sebelum ini namun disebabkan PKPD, ia menjadi kekangan kepadanya untuk mencari rezeki.

Bagaimanapun, rezeki anak jati Kuala Lumpur itu semakin bertambah setelah gambarnya mengibarkan bendera putih di kediamannya yang berada di atas bangunan kedai berdekatan dengan stesen LRT Cheras, tular di laman media sosial.

Berpusu-pusu individu yang prihatin datang memberikan bantuan kepadanya, sehinggakan biliknya Mohd Nor dipenuhi dengan kampit beras, peket biskut, makanan dalam tin, minyak masak dan air mineral.

“Memang ramai yang datang bagi bantuan kepada saya. Sebahagian besar adalah orang dari luar Lembah Klang. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan apa yang mereka beri kepada saya.

“Cuma saya tak tahu sampai bila saya boleh terus hidup dengan mengharapkan bantuan orang. Kalau PKP ini sambung lagi, saya tak tahu nak buat apa dah,” katanya, risau. – Getaran, 4 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan