web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemotongan Gaji Pekerja Pembersihan Sekolah Ditarik Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 12:33PM

KPM menarik semula potongan gaji pekerja Kebersihan Bangunan dan Kawasan selepas banyak pihak membangkitkan isu berkenaan di media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik semula pemotongan gaji pekerja Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) selepas menerima desakan dari segenap penjuru.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pembayaran sepenuhnya akan dibuat kepada kontraktor KBK seperti yang tertakluk di dalam kontrak.

“Oleh itu, tidak timbul isu kontraktor perlu memotong gaji pekerja KBK,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), KPM akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepda kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“KPM juga memahami kesukaran dihadapi oleh pihak pengusaha kantin serta penyewa premis atau ruang kedai buku, koperasi kedai dobi dan vending machine yang terjejas akibat penutupan sekolah.

“Justeru, KPM membuat ketetapan untuk memberi pengecualian sewaan kantin dan premis/ruang tersebut selama enam bulan mulai Julai hingga Disember 2021,” katanya.

Katanya lagi, KPM juga akan memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis atau ruang di sekolah di bawah kementerian secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.

Sementara itu, Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), Danial Hakeem, berkata pihaknya menyambut baik keputusan KPM menarik semula polisi pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kehadiran pekerja.

“Berikutan itu, kami harap tidak timbul lagi isu kontraktor terpaksa potong gaji pekerja KBK, termasuk 'cleaner' sekolah dan kami juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua wakil pekerja KBK yang berani bersuara membantah arahan asal KPM. 

“Kami  berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin kepada isu ini dan yang telah mendesak KPM sehingga ada perubahan. Kuasa rakyat sekali lagi terbukti adalah pendorong utama kemenangan pekerja pembersihan menuntut semula hak gaji minima mereka,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan