web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1 Juta Vaksin Pfizer-Biotech Sumbangan AS Tiba Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 12:47PM

Petugas DHL melakukan kerja-kerja pengendalian vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak sejuta dos sumbangan Amerika Syarikat di Raya Complex hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DHL Express hari ini telah menyempurnakan penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat ke Malaysia.

Penyedia logistik berkata ketibaan sekitar 1,000,000 dos itu adalah sebagai sebahagian daripada komitmen AS baru-baru ini untuk membantu usaha pemulihan di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express Asia Pasifik Ken Lee berkata penghantaran itu dapat dilakukan menerusi program Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX) yang bertujuan mempercepatkan akses global bagi imunisasi menentang pandemik berkenaan.

"Kami sangat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan saya amat bangga pasukan ini sekali lagi berjaya menghantar satu lagi kumpulan vaksin COVID-19 ke Malaysia.

"DHL Express akan terus memanfaatkan jaringan global dan kepakaran logistik perubatan yang kukuh untuk memastikan bahawa vaksin yang menyelamatkan nyawa ini tiba dengan selamat dan cepat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DHL Express telah mengatur pengambilan vaksin dari kemudahan di AS sebelum dihantar dari hab Cincinnati ke DHL Express Subang Gateway, dan kemudiannya akan diedarkan ke lokasi yang ditentukan di Kuala Lumpur.

Ia menambah, perjalanan mengambil masa hanya empat hari dengan pematuhan pengendalian dan penyimpanan yang ketat.

Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata setakat ini, DHL telah menghantar lebih daripada 300 juta dos vaksin yang diluluskan ke seluruh dunia dengan lima juta daripadanya adalah ke Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan