web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohamed Apandi Sedia Selesai Kes Saman Tun M, Kerajaan Secara Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 3:57PM

Mohamed Apandi bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap bekas Dr. Mahathir dan kerajaan secara baik menerusi proses mediasi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan secara baik menerusi proses mediasi.

Mohamed Apandi selaku plaintif memfailkan saman itu pada 13 Okt tahun lepas, memohon antara lain perisytiharan bahawa pemecatan beliau sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh Dr Mahathir sebagai tidak sah.

Peguam Datuk Abd Shukor Ahmad yang mewakili Mohamed Apandi berkata pihaknya telah menyerahkan borang mediasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi e-mel pada 21 Mei lalu.

"Anak guam (Mohamed  Apandi) bersedia untuk perbicaraan, namun pada masa sama berbesar hati untuk berunding bagi menyelesaikan kes itu," katanya yang turut memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 29 Sept ini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar hari ini, yang turut disertai Peguam Persekutuan Lau Wen Yen mewakili Dr Mahathir dan kerajaan selaku defendan pertama dan kedua.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan ketika dihubungi berkata AGC telah menerima e-mel daripada pihak plaintif.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 12 Nov 2020, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad