web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sedia Terima Pelancong Yang Guna Vaksin Belum Diluluskan EU, Namun Bersyarat - EU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 7:19AM

EU sedia terima pelancong yang diberi vaksin belum diluluskan kesatuan berkenaan namun dengan syarat ia sudah selesai proses penyenaraian WHO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas menjelaskan negara anggota EU sedia menerima pelancong yang diberi vaksin belum diluluskan di EU dengan syarat vaksin itu sudah selesai proses Penyenaraian Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Rokas berkata tiada halangan atau sekatan dalam hal ini.

"Oleh itu, beberapa laporan terkini mengenai isu dari mana vaksin AstraZeneca dikeluarkan adalah tidak tepat," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata EU tidak seharusnya mendiskriminasi soal dari mana vaksin COVID-19 AstraZeneca dikeluarkan, kerana formula vaksin yang sama digunakan di semua kemudahan pengeluarannya.

Susulan laporan EU akan hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca diluluskan Agensi Ubat-ubatan Eropah, Khairy berkata beliau akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada EU bahawa semua kemudahan  pengeluarannnya melaksanakan Amalan Pembuatan Baik (GMP).

Rokas berkata 27 negara EU telah menyetujui garis panduan umum untuk perjalanan yang tidak penting dari luar EU, tetapi mungkin memperkenalkan sekatan berdasarkan keadaan epidemiologi negara terbabit.

 "Pada dasarnya kemasukan ke EU dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksin menggunakan mana-mana vaksin diluluskan di EU, termasuk yang dihasilkan di kemudahan bukan tertakluk di  bawah  kebenaran pemasaran di EU," katanya.

Beliau berkata Sijil COVID Digital EU adalah untuk memudahkan perjalanan di EU, dan ia bukti digital bahawa warganegara atau penduduk Eropah telah diberi vaksin COVID-19, atau disahkan negatif atau sudah pulih. 

"Sijil ini bukan prasyarat untuk perjalanan di EU atau dokumen wajib, tetapi hanya alat praktikal," tambahnya.

Menurut Rokas, Sijil Digital COVID bukan satu-satunya dokumen yang boleh digunakan.

"Negara anggota bebas untuk menerima dokumen vaksinasi yang dikeluarkan di negara ketiga.

"Ia harus mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang boleh mengenal pasti individu tersebut, jenis vaksin dan tarikh pemberian vaksin," tambahnya.

Beliau menyatakan sijil rasmi yang mengesahkan telah pulih daripada COVID-19 atau negatif ujian saringan juga boleh berfungsi sebagai bukti risiko epidemiologi rendah, bergantung pada undang-undang yang berkuat kuasa di negara anggota yang ingin dikunjungi rakyat Malaysia.

"Selain itu, terserah kepada negara EU untuk memutuskan mana-mana peraturan, seperti kuarantin, yang boleh dikenakan terhadap pengembara," katanya.

Rokas berkata disebabkan tiada senarai syarat umum, rakyat Malaysia perlu memeriksa syarat kemasukan ke setiap negara anggota EU yang ingin dikunjungi.

“Mereka juga perlu mengetahui peraturan itu boleh berubah bergantung kepada perkembangan pandemik di EU dan Malaysia.

Namun kini katanya, dengan pelancaran sijil digital itu memungkinkan sijil rasmi COVID-19 yang setara  antara Malaysia dan EU dibuat.

"Ia akan dikaji dengan pihak berkuasa Malaysia dalam masa terdekat," tambahnya. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan