web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Agensi Khusus Bendung Dera Haiwan, Desak NGO Diketuai Anak TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 11:42AM

Nashriq Ismail Sabri berkata dengan agensi kawalan haiwan bukan perkara baru malah sudah wujud di negara seperti Australia, Turki dan Amerika Syarikat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan, Suara Haiwan Malaysia mengesa agar diwujudkan agensi kawalan haiwan untuk mengatasi kes penganiayaan terhadap haiwan.

Presidennya, Nashriq Ismail Sabri, memberi contoh kes di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini di mana anggota majlis perbandaran didakwa menembak anjing dan menceroboh ke dalam kawasan persendirian. Kejadian ini menunjukkan perlunya sebuah agensi dibentuk secara khusus untuk menyiasat kes penganiayaan terhadap haiwan.

Nashriq, yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini sudah ada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) namun katanya, portfolio khusus ke atas hidupan liar tidak membolehkan jabatan berkenaan memfokus kepada haiwan terutama kes penganiayaan tempatan.

''Ini menunjukkan kepada keperluan mewujudkan anggota untuk bertindak seperti agensi penguatkuasa, yang akan membantu agensi berkaitan,'' katanya kepada The Vibes.

Pembentukan agensi kawalan haiwan, bukan sesuatu yang luar biasa, kata Nashriq dan ia sama seperti badan lain yang telah wujud di negara seperti Australia, Turki dan Amerika Syarikat.

''Dengan pembentukan agensi seperti itu, negara berkenaan menyaksikan penurunan dalam kadar penganiayaan haiwan.

''Dan inilah yang NGO kita tekankan pengurangan kes penganiayaan haiwan di Malaysia,'' katanya.

Laporan SAYS pada 22 Jun lalu, di Kota Samarahan, menyaksikan anggota penguatkuasa majlis tempatan didakwa menembak anjing milik penduduk. Anjing tersebut kemudiannya berlari balik ke rumah pemiliknya dalam keadaan cedera.

Penguatkuasa didakwa meminta pemilik rumah untuk membuka pintu pagar bagi membolehkan mereka mengambil haiwan berkenaan.

Ketika masuk ke dalam kawasan rumah, mereka tidak hanya mengambil anjing berkenaan, malah turut menangkap enam anjing lain dalam premis tersebut. Semua tujuh ekor haiwan berkenaan kemudiannya ditidurkan.

Suara Haiwan Malaysia didaftarkan pada 30 Mac lalu dan mempunyai 11 ahli jawatankuasa dengan matlamat menjaga kebajikan haiwan dan mengurangkan kes penganiayaan serta kekejaman ke atas binatang. - Getaran, 7 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan