web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga PDRM Prihatin, Nasib Golongan Terjejas Dibantu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 2:05PM

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di IPD Dang Wangi, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis dan masyarakat berpisah tiada.

Moto Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipegang erat setiap pegawai dan anggotanya bukanlah omong kosong untuk mengubah persepsi rakyat semata-mata.

Sebaliknya, ia adalah amalan warga Sang Saka Biru itu, setiap kali menyantuni masyarakat dalam aneka situasi termasuklah ketika rakyat berdepan kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19.

Tanpa lelah, warga PDRM dengan keprihatinan tinggi menghulurkan tangan kepada masyarakat melampaui sempadan kewarganegaraan, bangsa mahu pun agama.

Di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebanyak RM48,000 daripada hasil kutipan dana surau IPD digunakan untuk membantu masyarakat sekitar yang terjejas akibat pandemik.

Sebanyak RM48,000 daripada hasil kutipan dana surau IPD Dang Wangi digunakan untuk membantu masyarakat sekitar yang terjejas akibat pandemik COVID..
Sebanyak RM48,000 daripada hasil kutipan dana surau IPD Dang Wangi digunakan untuk membantu masyarakat sekitar yang terjejas akibat pandemik COVID..

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebanyak 500 bekalan makanan dan wang tunai diagihkan kepada warga kota yang terjejas sejak 3 Julai lalu.

Menurutnya, sebanyak RM27,500 daripada peruntukan itu disalurkan sebagai sumbangan wang tunai manakala selebihnya diberikan dalam bentuk barangan keperluan seperti beras, minyak masak, tepung dan gula.

"Setiap sumbangan bekalan makanan itu bernilai RM50 setiap satu dan warga kota terutama yang berdaftar dengan IPD Dang Wangi boleh tampil ke sini untuk mengambil sumbangan yang disediakan.

“Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk mendekati masyarakat dari rumah ke rumah terutama yang sudah berdaftar bagi memberikan sumbangan,” katanya ketika ditemui Getaran.

Antara penerima yang mendapatkan bantuan daripada IPD Dang Wangi.
Antara penerima yang mendapatkan bantuan daripada IPD Dang Wangi.

Menurutnya, mereka menggariskan tiga kriteria penting untuk seseorang individu atau keluarga mendapatkan bantuan iaitu kehilangan pekerjaan, pendapatan berkurangan dan golongan miskin.

“Sumbangan ini juga diberikan kepada warga PDRM sendiri, kerana ada antara mereka yang pasangannya hilang punca pendapatan. Mereka juga kami bantu,” katanya.

Penerima bantuan beratur di IPD Dang Wangi.
Penerima bantuan beratur di IPD Dang Wangi.

Mohamad Zainal berkata, pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil membantu, dengan menjadikan IPD sebagai lokasi pengagihan. 

Inisiatif membantu masyarakat ini bukan sahaja dilaksanakan polis di Kuala Lumpur malah di seluruh pelusuk negara yang prihatin terhadap kesan penularan COVID-19 ke atas masyarakat setempat. - Getaran, 9 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan