web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 1.2 Juta Dos Vaksin Akan Tiba Di Johor - TMJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 5:17PM

Sebanyak 1.293 juta dos vaksin bagi PICK akan tiba secara berperingkat di Johor pada bulan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini bertitah sebanyak 1.293 juta dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tiba di Johor secara berperingkat bulan ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah daripada angka itu, sejumlah 583,000 ialah vaksin jenis Pfizer-BioNTech, 637,000 vaksin Sinovac dan 73,000 vaksin AstraZeneca.

"Saya akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ia diberikan kepada semua Bangsa Johor dengan efisien dan tepat pada masanya. Saya juga telah diberi penerangan oleh pihak berwajib mengenai jumlah pendaftaran dan cara pengedaran vaksin.

"Saya yakin ramai Bangsa Johor akan diberi vaksin dalam beberapa minggu ini menjelang kita ke arah mencapai tahap imunisasi kelompok. Saya juga ingin mengingatkan seluruh Bangsa Johor untuk mendaftar vaksin dan mendapatkan vaksinasi," titah baginda.

Tunku Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin serta pihak berkuasa berkaitan yang telah menjayakan usaha itu.

Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor menunjukkan setakat 4 Julai, sebanyak 460,094 dos pertama telah diberikan dan sejumlah 268,137 orang telah lengkap dua dos vaksinasi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan