web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD Di 6 Lokaliti Di KL Tamat Lebih Awal Esok - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:57PM

PKPD di 6 lokaliti di Kuala Lumpur ditamatkan esok, lebih awal daripada dijadualkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam lokaliti di Kuala Lumpur ditamakan lebih awal iaitu pada 11 Julai, berbanding tempoh yang ditetapkan sebelum ini iaitu sehingga 16 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan berkenaan adalah Flat Seksyen 1 dan Flat Seksyen 2 di Wangsa Maju, Kampung Puah, Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima), Kampung Batu Muda serta Taman Koperasi Polis (Fasa 1).

"PKPD di lokaliti ini bermula 3 Julai lalu dan berakhir 16 Julai

''Bagaimanapun, kerajaan memutuskan untuk menamatkan lebih awal pada 11 Julai,'' katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, yang dikeluarkan pada Sabtu.

Ismail bagaimanapun berkata, bagi Taman Koperasi Polis (Fasa 2), PKPD dan saringan masih diteruskan.

Sementara itu, beliau memberitahu, PKPD akan dilaksana di lima lokaliti di Sabah, termasuk tiga di Kota Kinabalu bermula 12 hingga 25 Julai ini, dengan kawasan terlibat ialah Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya, manakala dua lokaliti lain ialah QL Farm, Membalua, Tawau dan Kampung Pikat, Bongawan, Papar.

Manakala PKPD di lokaliti Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, Sabah yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan sehingga 25 Julai. - Getaran, 10 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan