web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan E-Kasih Ringan Beban Penduduk Johor Bahru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 10:38PM

Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan kepada peserta e-kasih yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19. - Gambar oleh Pejabat Menteri Besar Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Prihatin dengan kesempitan hidup rakyat dek pandemik COVID-19, kerajaan negeri bingkas merangka beberapa inisiatif bagi meringankan beban mereka.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0, peserta e-Kasih di sekitar bandaraya ini diberi bantuan RM500 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Sumbangan tersebut diserahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad kepada enam penerima dari Larkin, Kampung Bakar Batu, Permas Jaya dan Taman Kota Puteri di Pasir Gudang.

Menurut Hasni, PRE Ihsan Johor 3.0 dikhususkan untuk penduduk yang terjejas sepanjang menghadapi wabak pandemik COVID-19.

''Saya berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban kewangan penerima dan saya juga ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu rakyat negeri menerusi pelbagai inisiatif, selain daripada bantuan kewangan,'' katanya ringkas. 

Dalam kunjungan itu, Hasni turut menyampaikan bantuan barangan makanan dan keperluan asas yang disumbangkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru serta Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB). 

Hasni Mohammad menyempurnakan penyerahan cek replika Bayaran One-Off RM500 PRE Ihsan Johor 3.0 lebih RM1 juta untuk peserta e-Kasih kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh.
Hasni Mohammad menyempurnakan penyerahan cek replika Bayaran One-Off RM500 PRE Ihsan Johor 3.0 lebih RM1 juta untuk peserta e-Kasih kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh.

Beliau juga menyempurnakan penyerahan cek replika Bayaran One-Off RM500 PRE Ihsan Johor 3.0 lebih RM1 juta untuk peserta e-Kasih bagi daerah ini kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh.

Turut hadir dalam kunjungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zaiton Ismail dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud.

Hasni pada kunjungan berkenaan tidak melepaskan peluang untuk bertanya khabar kepada penerima, bagi melihat sendiri keadaan dan kesukaran dialami ketika ini.

Seorang penerima, Zainal Mohamad Darwish, 58, mengakui tidak sangka rumahnya di Kampung Bakar Batu di sini, dikunjungi Menteri Besar itu semata-semata untuk menyerahkan sumbangan berkenaan. 

''Saya tidak menyangka Datuk (Hasni) sudi berkunjung ke rumah saya dan menyampaikan sendiri bantuan ini. Saya memang sangat gembira dan bantuan ini sememangnya membawa makna besar kepada kami sekeluarga," katanya yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan sejak kakinya terpaksa dipotong pada 2019.

Tambahnya, sejak itu, mereka sekeluarga hanya bergantung dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disalurkan secara bulanan.

Sementara itu, Tee Ah Ee, 70, menyifatkan bantuan yang diberikan itu amat bermakna dalam mendepani pandemik COVID-19.

''Saya tinggal seorang di rumah. Dengan faktor usia dan kini sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia menyukarkan untuk keluar dari rumah membeli barangan keperluan,'' katanya. 

Ah Ee turut berkongsi komen rakannya yang mengatakan 'Johoreans are very lucky' selepas dia memberitahu bahawa pemimpin negeri itu akan berkunjung ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan.

Bagi anak kepada penerima bantuan PRE Ihsan 3.0, M Rajkumaaran, 23, pula, bantuan itu melegakan keluarganya kerana ibunya yang bekerja sebagai pembantu restoran sudah diberhentikan kerja ketika PKP dilaksanakan. 

"Ayah pula orang kelainan upaya (OKU) dan saya merupakan seorang pelajar. Sebelum ini, kami bergantung hidup dengan pendapatan ibu sebagai pembantu restoran, namun PKP ini dia tidak dapat bekerja,” katanya dan mengakui, bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu mereka melalui kesukaran.

Sekadar rekod, terdapat  22,071 peserta e-Kasih di seluruh Johor. – Getaran, 10 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

2

Muzik 5 bulan yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan