web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPE Tidak Cukup, HCTM UKM Nafi Mesej Viral Di WhatsApp

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 9:25PM

Menurut pengurusan hospital, mereka masih memiliki bekalan PPE yang mencukupi. - Gambar dari hctm.ukm.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak berdepan kekurangan stok peralatan perlindungan diri (PPE), seperti didakwa oleh mesej yang sedang tular di aplikasi WhatsApp ketika ini.

Menurut pengurusan hospital, mereka masih memiliki bekalan PPE yang mencukupi, bersesuaian dengan keperluan semasa semua petugas.

“Pihak HCTM UKM dengan ini memaklumkan bahawa hospital masih mempunyai bekalan PPE mencukupi dan Jabatan Perubatan Kecemasan antara yang diberikan keutamaan untuk dibekalkan kelengkapan itu.

“Semakan stok di jabatan terbabit juga mendapati tiada masalah kekurangan seperti dimaklumkan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular beberapa mesej di aplikasi WhatsApp yang mendakwa berlaku kekurangan PPE di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM UKM.

Dakwaan tersebut menjadi bualan hangat dalam kalangan warga maya, apatah lagi penggunaan PPE adalah wajib bagi mengendalikan pesakit dan prosedur COVID-19.

HCTM UKM memaklumkan, pemakaian PPE dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital berkenaan adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tiada isu berkenaan kekurangan PPE seperti yang didakwa,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan