web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peguam Rosmah Pertikai Surat AG Berhubung Pelantikan Sri Ram Sebagai TPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 9:33PM

Gopal Sri Ram - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar adalah terbatal kerana Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun telah mengeluarkan surat undur tarikh berhubung pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes itu.

Peguam Datuk Jagjit Singh berkata surat yang dikemukakan pendakwaan kepada mahkamah telah ditandatangani oleh AG ketika ini iaitu pada 21 Mei 2021 bagi melantik Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan berkuat kuasa mulai 30 Ogos 2018.

“Menerusi surat itu, Idrus menyatakan bahawa Sri Ram boleh melaksanakan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diperuntuk kepada beliau (Idrus) di bawah Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) atau mana-mana undang-undang bertulis seperti yang diperuntuk di bawah Seksyen 376 (3) KPJ dan khususnya bagi mengendalikan pendakwaan dalam kes solar Rosmah termasuk sebarang permohonan dan rayuan jenayah lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata Idrus adalah Hakim Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2018 dan beliau dilantik sebagai AG pada 6 Mac 2020.

“Idrus tidak boleh mengeluarkan surat undur tarikh semasa beliau belum lagi tidak menjadi AG. Oleh itu, berdasarkan surat yang dikeluarkan pada 21 Mei, perbicaraan kes ini adalah terbatal,” katanya semasa berhujah pada pendengaran permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah membabitkan RM1.25 bilion berkaitan projek hibrid solar dan menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes itu.

Jagjit juga berhujah bahawa surat yang dikeluarkan AG itu bersifat sesuatu yang difikirkan kemudian dan oleh yang demikian, pelantikan Sri Ram adalah tidak sah, luar aturan serta cacat.

Rosmah, 69, telah memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuan beliau bagi mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pendakwaan bersetuju untuk menyerahkannya kepada pembelaan.

Beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya berhubung surat pelantikan Sri Ram pada 19 Ogos tahun lepas.

Surat pelantikan tersebut tidak bertarikh pada atau sebelum 15 November 2018 iaitu ketika Rosmah didakwa dan tidak ditandatangani oleh AG ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Sebaliknya surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Idrus.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Khamis ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan