web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Suntikan Vaksin Lepasi Tarikh Luput Tidak Benar - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 8:21AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan awal mendapati dakwaan mengatakan terdapat suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan telah melepasi tarikh luput adalah tidak benar, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. 

``Kesilapan merekodkan data telah menyebabkan perkara tersebut berlaku dan tarikh luput vaksin sebenar akan dikemas kini di dalam MySejahtera bagi individu yang terlibat.''

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan tarikh luput vaksin dos kedua yang diberi dan tertera di aplikasi MySejahtera individu terbabit sebenarnya merupakan tarikh luput vaksin bagi dos pertama yang telah diterima. 

“Kesilapan merekodkan data telah menyebabkan perkara tersebut berlaku dan tarikh luput vaksin sebenar akan dikemas kini di dalam MySejahtera bagi individu yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Mengulas mengenai penjualan slot janji temu vaksin, Khairy berkata sebuah Jawatankuasa Integriti dan Siasatan telah ditubuhkan di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dianggotai oleh wakil CITF, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

"Selain itu, satu Garis Panduan Pemantauan Vaksin dan Penyediaan 'Standby List' telah dikuatkuasakan di pusat pemberian vaksin (PPV) untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dalam pemberian vaksin," katanya.

Khairy berkata keupayaan sistem di PPV akan terus dipertingkatkan melalui pengenalan dua faktor pengesahan bagi setiap penetapan janji temu dan penambahan bilangan penerima vaksin.

Menurutnya, CITF telah bekerjasama dengan PDRM untuk menyiasat perkara itu seawal bulan lepas dan sebarang perkembangan terbaharu akan dimaklumkan kepada orang awam oleh pihak polis. 

Menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP) jika terdapat individu positif hadir ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin, Khairy berkata beberapa langkah segera diambil termasuk aktiviti sanitasi, pengasingan kontak rapat dengan pesakit selain melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 ke atas para petugas.

"Saya juga telah mengarahkan setiap PPV untuk membuat pemeriksaan yang lebih teliti di setiap pintu masuk agar tiada individu berstatus risiko tertentu dibenarkan masuk," katanya. 

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai yang telah melakukan ujian pengesanan COVID-19 bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV sama ada untuk memenuhi janji temu vaksinasi atau sebagai pengiring selagi mereka tidak mendapat keputusan ujian masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad