web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pejabat Parlimen Muar Diarah Tutup Selepas Gagal Patuh SOP COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 9:18AM

Kelihatan orang ramai bersesak untuk mendapatkan bantuan di pejabat Parlimen Muar. - Gambar dari Twitter Syed Saddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Pejabat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah diarahkan untuk ditutup mulai hari ini selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Difahamkan arahan ini datang daripada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM), dan bukan pihak polis, yang melawat ke premis yang terletak di Jalan Abdul Rahman semalam, lapor portal berita Malay Mail.

Mengikut sumber, keputusan dibuat berdasarkan penilaian KKM tentang situasi di pejabat berkenaan.

Lokasi itu biasanya digunakan Syed Saddiq untuk mengedarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Muar.

“Pihak polis berada di lokasi untuk membantu pegawai KKM sahaja.

“Mengikut KKM bantuan untuk golongan yang memerlukan sepatutnya dihantar ke rumah mereka dan bukannya diedarkan di satu lokasi untuk mengelakkan penyebaran virus COVID-19,” kata sumber itu kepada Malay Mail malam tadi.

Terdahulu Syed Saddiq mengumumkan yang pihak polis telah mengarahkan beliau untuk menutup pejabatnya mulai hari ini.

Ahli Parlimen yang berusia 28 tahun itu menyatakan rasa tidak senangnya tentang arahan itu dan menekankan yang dia sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang kelaparan, sakit dan memerlukan perhatian.

Beliau menambah yang pasukan kawasan parlimennya sibuk mengagihkan bantuan makanan sejak dua hari yang lepas.

Syed Saddiq berkata yang lebih daripada 150 keluarga hadir ke pejabatnya setiap hari, tetapi nombor itu naik dengan mendadak sejak dua hari lalu.

Walaupun begitu, beliau menarik perhatian yang pasukannya sentiasa mencuba untuk mematuhi SOP sebaik mungkin dengan menggunakan sistem kupon dan meminta RELA untuk membantu mengawal orang ramai dan memberitahu pihak polis. - Getaran, 14 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan