web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


11,618 Kes Baharu Hari Ini, Tertinggi Sejak Pandemik Melanda Negara - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 5:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan sebanyak 11,618 kes, iaitu rekod harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567, manakala tiga negeri mencatatkan kes baharu empat digit hari ini ialah Selangor 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749) dan Negeri Sembilan (1,537).

Negeri-negeri lain pula merekodkan kes bawah 1,000 iaitu Melaka dengan 526 kes; Kedah (504); Pahang (400); Johor (396); Sarawak (289); Sabah (286); Kelantan (236) dan Pulau Pinang (210).

“Bagi Terengganu sebanyak 189 kes, Perak (164), Putrajaya (40), Labuan (38), manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya menerusi ciaptan di Twitternya hari ini.

Hari ini, jumlah kes baharu sekali lagi melepasi angka 11,000 selepas sebanyak 11,079 direkodkan semalam.

Sementara itu menerusi ciapan berasingan, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah sampel COVID-19 bagi ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) dan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) juga mencatatkan angka tertinggi dengan 131,706 semalam, yang merangkumi 71,111 ujian RTK-Ag dan 60,595 ujian RT-PCR.

Katanya, kapasiti ujian masih boleh ditambah misalnya di makmal-makmal swasta dan diguna pakai terutamanya bagi ujian tertumpu (targeted testing).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan media berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan kini mencecah lebih 100,000 kes, dengan 101,359 kes dilaporkan, menjadikan ia jumlah kes aktif paling tinggi setakat ini sejak COVID-19 dikesan di negara ini.

Beliau berkata sejumlah 6,377 kes sembuh dan 118 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan 759,705 kes sembuh dan 6,503 kematian.

“Kes kematian hari ini antaranya melibatkan 46 orang di Selangor, 18 di Kuala Lumpur, 16 di Negeri Sembilan, 13 di Johor dan lima orang di Kedah,” katanya sambil memberitahu seramai 108 orang meninggal di hospital manakala 10 lagi meninggal di rumah (BID).

Sementara itu beliau memaklumkan 878 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai kluster baharu, Dr Noor Hisham berkata 26 kluster baharu dikesan dengan 15 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan empat kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Sentosa 2 di Sarawak, Jalan Pahat 15 di Selangor, Jalan Kelaboran (Kelantan) dan Dah Melor (Kedah).

“Kluster tempat kerja melibatkan tiga di Johor iaitu Persiaran Teknologi 11, Jalan Dian 19 dan Lorong Aik Hwa; empat di Kuala Lumpur iaitu Tapak Bina Metropolis 2, Jalan Sinar Sentul, Jalan Ampang Sejahtera dan  Lorong Ara; serta tiga di Selangor iaitu Industri Alam Jaya 2/3, Jalan Medan Seksyen Sembilan dan Industri Jalan Mas Tujuh.

“Selain itu, Dah Ketil Industri Baling dan Dah Saga Industri Sungai Petani (Kedah); Jalan Lebuh Ayer Keroh dan Jalan Jasin Bestari (Melaka); serta Jalan Teo Kui Ngo (Sarawak),” katanya.

Kluster komuniti pula dikesan di Selangor iaitu Jalan 11 Medan dan Desa Kemandol; Murni Perdana dan Bukit Tok Bat (Terengganu); Jalan D’Aranjo (Melaka); Kampung Melamam (Sabah); dan Duyoh (Sarawak).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 13 Julai, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam negara adalah 1.16 dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi iaitu 1.35.

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Terengganu (1.26); Selangor (1.19); Kedah (1.17); Pahang (1.14); Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing masing 1.11; Melaka (1.10) dan Sabah (1.07); Negeri Sembilan (1.06); Johor (1.05); Perak (1.04); dan Kelantan (1.02),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan