web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedai Komputer, Telekomunikasi Dan Kedai Buku Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 9:18PM

Kedai komputer merupakan antara kedai yang dibenarkan beroperasi mulai esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedai komputer, telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya hari ini  berkata sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)  hari ini bersetuju untuk memberi kebenaran itu setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.

“Ini untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tanpa gangguan," katanya. 

Ismail Sabri berkata pandemik COVID-19 telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem PdPR secara dalam talian.

Beliau berkata  sidang khas MKN hari ini juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional.

Mengenai 13,215 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini, Ismail Sabri berkata ia disebabkan saringan secara besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kawasan PKPD terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang merupakan tiga negeri penyumbang terbesar bagi kes hari ini. 

Menurut beliau, daripada seramai 134,569 individu yang menjalani ujian saringan semalam, 50,646 individu disaring di Selangor dengan 6,120 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Trend peningkatan kes positif COVID-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara-negara jiran seperti Indonesia yang mencatatkan 56,757 kes positif hari ini. Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 kes positif,” katanya.  

Beliau berkata negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan 42,302 kes manakala Rusia yang mencatatkan 25,293 kes.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata tujuh lokaliti di Sabah dan Perak dikenakan PKPD berkuat kuasa Sabtu hingga 30 Julai, dengan lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa di Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI) di Sipitang serta Penjara Tawau dan kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau. 

Tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak yang dikenakan PKPD adalah Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad