web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gaji, Upah Bulanan Pekerja Melayu Dan Bumiputera Catat Kemerosotan Pada 2020

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 2:47PM

Untuk pekerja berkemahiran rendah, perbezaan penyusutan nilai penengah dan purata gaji dan upah adalah sebanyak RM148 dan RM24. - Gambar oleh Azim Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gaji dan upah bulanan diterima pekerja etnik Melayu serta Bumiputera berada di paras terendah tahun lalu, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Statistik Gaji dan Upah Malaysia 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati, kedua-dua etnik itu merekodkan penengah dan purata gaji serta upah bulanan yang kedua terendah dengan nilai masing-masing RM2,019 dan RM2,817.

Laporan yang turut disediakan Jabatan Perdana Menteri itu mendedahkan, etnik Cina pula merekodkan penengah dan purata gaji serta upah bulanan tertinggi dengan nilai masing-masing RM2,470 dan RM3,325.

Ia disusuli etnik dari kategori ‘lain-lain’ yang merekodkan nilai penengah serta purata terendah iaitu pada RM1,412 dan RM2,161.

Statistik bagi etnik India pula menunjukkan sedikit perbezaan, apabila merekodkan nilai penengah gaji yang rendah berbanding Melayu dan Bumiputera iaitu pada RM2,014 namun, melonjak kepada nilai purata gaji yang lebih tinggi iaitu pada RM2,853,

Bagaimanapun, laporan DOSM itu turut mendedahkan, keseluruhan purata gaji dan upah bulanan pada tahun 2020 telah menyusut sebanyak sembilan peratus dan ia merupakan penurunan kali pertama sejak statistik tersebut direkodkan mulai 2010.

Seperti dijangka, nilai penengah dan purata gaji dan upah bulanan di bandar didapati lebih tinggi daripada luar bandar, dengan nilai masing-masing RM2,268 dan RM3,089 berbanding di luar bandar iaitu RM1,340 dan RM2,086.

Kajian DOSM juga mendapati bahawa pekerja berumur 35-44 tahun mencatatkan penengah gaji dan upah tertinggi, pada RM2,927, manakala purata gaji dan upah tertinggi pula dimiliki pekerja berumur 45-54 tahun iaitu RM3,792.

Pekerja mahir pula mencatatkan nilai penurunan penengah dan purata yang tertinggi pada 2020 berbanding tahun sebelumnya yang menyusut, sebanyak RM457 dan RM453.

Perbezaan penyusutan nilai penengah dan purata gaji dan upah untuk tempoh yang sama bagi pekerja separuh mahir pula hanyalah sebanyak RM307 dan RM199.

Untuk pekerja berkemahiran rendah pula, perbezaan statistik terbabit adalah sebanyak RM148 dan RM24.

Dari aspek pecahan mengikut negeri pula, pekerja-pekerja di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan penengah dan purata gaji dan upah bulanan yang tertinggi di seluruh negara. - Getaran, 17 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 3 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad