web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Pulang Ke Kampung Jika Sayangkan Ibu Bapa - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 9:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: “Jangan pulang ke kampung menjenguk ibu bapa dan keluarga buat masa ini sekiranya anda benar-benar sayangkan mereka.”

Demikian nasihat Ketua Unit Kawalan Infeksi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dr Sharifah Azura Salleh yang bimbang berlaku lonjakan kes COVID-19 lebih serius disebabkan sikap segelintir rakyat berdegil untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidiladha biarpun ditegah pihak berkuasa.

Tegasnya, sikap tidak mengambil peduli dan tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, terutama membabitkan larangan merentas negeri boleh mengakibatkan virus itu menjangkiti insan tersayang tanpa disedari.

“Pada saya cara kita tunjuk kasih sayang kepada keluarga di kampung adalah dengan tidak pulang buat masa ini. Ya, memang kita sayang, kita rindu keluarga di kampung, terutama ibu bapa yang sudah lanjut usia, saya juga rasa begitu.

“Namun, sekarang bukan masa terbaik untuk pulang ke kampung halaman kerana COVID-19 masih ada dan negara belum mencapai imuniti kelompok, jadi tolonglah jangan balik bertemu mereka buat masa ini,” katanya kepada Getaran.

Dr Sharifah Azura berkata, imuniti kelompok diyakini mampu diwujudkan dengan cepat, hanya memerlukan tempoh sekitar tiga bulan jika semua pihak mematuhi SOP dan pelan imunisasi negara berjalan lancar.

“Sebaik negara mencapai kadar imuniti kelompok diinginkan, sudah tentu pelbagai kelonggaran akan diberikan kepada rakyat. terutama membabitkan pergerakan rentas negeri,” katanya.

Dr Sharifah Azura Salleh
Dr Sharifah Azura Salleh

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung berita dan gambar tular di media sosial mengenai keadaan kenderaan sesak di beberapa tol yang dilaporkan mahu pulang ke kampung halaman menjelang Aidiladha Selasa ini.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan, kesesakan itu berlaku sebelum laluan masuk Plaza Tol Gombak ke arah barat menghala ke Kuala Lumpur, selain trafik dikesan turut bergerak perlahan dari arah Plaza Tol Sungai Besi menuju selatan.

LLM juga mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat perlu mengetepikan sementara tradisi dan budaya meraikan perayaan yang menjadi kelaziman, sehingga COVID-19 mampu ditangani serta kehidupan kembali normal.

“Kita faham sikap rakyat Malaysia ini memang suka pulang ke kampung menyambut perayaan dan ditambah keadaan pandemik melebihi setahun, mereka semakin kelesuan.

“Tradisi dan kelesuan ini membuatkan mereka menganggap sudah tidak ada guna mematuhi SOP kerana kes tetap tinggi, seterusnya mereka mencari jalan meloloskan diri untuk pulang ke kampung,” katanya.

Masyarakat tegas Lam Thye, harus menyedari bahawa sikap tidak mengutamakan SOP dan mementingkan diri semata-mata untuk mengikuti tradisi serta menghilangkan kelesuan itu, menyebabkan rantaian jangkitan COVID-19 sukar diputuskan.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Justeru, beliau menasihatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan jangkitan demi kesihatan awam dan keselamatan diri sendiri.

Masyarakat, jelasnya, turut dinasihatkan supaya mengutamakan undang-undang dan kepentingan negara melebihi kemahuan peribadi demi menjamin kesihatan awam.

“Kita mesti patuh arahan dengan tidak mengambil kesempatan pulang ke kampung apabila dilarang berbuat demikian, dan janganlah salahkan polis kerana mereka hanya penguat kuasa undang-undang yang mengikut dasar ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Lam Thye berkata, walaupun tidak pulang ke kampung bertemu keluarga, masyarakat boleh menggunakan teknologi sedia ada untuk terus berhubung dan bertanya khabar.

“Zaman sudah canggih, kita ada banyak cara untuk berkomunikasi, termasuk menggunakan gajet, aplikasi dan internet untuk berhubung bersama keluarga.

“Dalam keadaan pandemik belum pulih, saya harap semua orang memahami dan beri kerjasama bagi mengelakkan keadaan mencari lebih buruk,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan