web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Masuk Pantai Timur, 35 Kenderaan Diarah Patah balik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 7:39AM

35 kenderaan berkenaan diarahkan berpatah balik kerana dipercayai cuba memasuki arah Pantai Timur tanpa sebab munasabah. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebanyak 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki arah Pantai Timur tanpa sebab munasabah melalui dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik diarah berpatah balik semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata arahan berkenaan dikeluarkan kepada mereka yang sampai ke SJR di Km 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan Km 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli setakat pukul 4 petang.

Beliau ketika dihubungi malam ini berkata 27 daripada kenderaan itu diarah berpatah balik kerana mengemukakan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tidak berkaitan.

Selain itu katanya selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula hari ini sehingga Rabu depan, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di SJR berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.

"Jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan