web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadap 2 Pertuduhan, Syed Saddiq Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 10:39AM

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi dua tuduhan melibatkan dana parti politik berjumlah RM1 juta dan sumbangan wang kempen RM120,000. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini atas dua pertuduhan, termasuk pecah amanah membabitkan dana parti politik berjumlah RM1 juta.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar meminta dibicarakan di hadapan Hakim Azura Alwi, sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Syed Saddiq didakwa di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah amanah, apabila membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta, menggunakan cek CIMB Bank Berhad, tanpa sebarang kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac tahun lalu dan boleh dihukum mengikut Sesyen 406 kanun yang sama, melibatkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan, serta denda jika sabit kesalahan.

Bekas Ketua ARMADA itu turut berdepan tuduhan penyalahgunaan wang kempen berjumlah RM120,000 yang diperuntukkan bagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, beralamat di Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 April sehingga 21 April 2018, yang membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun bersama sebatan serta denda.

Syed Saddiq diwakili dua peguam, Gobind Singh Deo dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Pendakwaan pula dijalankan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah sertaTimbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Mohd ‘Afif Ali.

Turut kelihatan di mahkamah adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. - Getaran, 22 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut