web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebutan Semula Kes Syed Saddiq 10 September 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 5:00PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mantan Menteri Beliau dan Sukan itu berhadapan tuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan turut didakwa menyalahgunakan wang sumbangan bernilai RM120,000 yang diperuntukkan pada  kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Semasa prosiding, pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah mencadangkan ikat jamin sebanyak RM500,000 bagi kesalahan pecah amanah dan RM300,000 untuk pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Gobind Singh Deo membantah cadangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Azura  Alwi membenarkan Syed Saddiq diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut membenarkan bayaran ikat jamin itu dilunaskan dalam dua peringkat bermula dengan RM80,000 hari ini manakala baki RM250,000 lagi perlu dijelaskan selewat-lewatnya Selasa depan.

Beliau juga dikehendaki memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekat. 

Syed Saddiq selesai membayar jaminan RM80,000 itu hari ini.

Kedua-dua pertuduhan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.

Beliau yang keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2:52 petang turut diiringi ibu bapanya , Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Sementara itu, Syed Saddiq dalam kenyataannya di lobi mahkamah berkata, beliau akan membuat sidang media pada jam 8 malam ini, berhubung dua pertuduhan berkenaan yang disifatkan sebagai satu agenda politik.

Pada Julai tahun lalu, bekas Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu membuat laporan polis mengenai  kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Menurut beliau, sebahagian besar wang berkenaan disimpan bagi kerja-kerja pengubahsuaian kediaman peribadi.

Kehilangan wang tersebut membawa kepada siasatan selama lebih 11 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berikutan jumlah yang didakwa mencurigakan.

Bagaimanapun, SPRM menafikan siasatan tersebut bermotif politik. - Getaran, 22 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad