web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhimpun Ketika Aidiladha, 25 Warga Bangladesh Didenda RM5,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 8:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seramai 25 lelaki warga Bangladesh didenda RM5,000 tiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam membanteras penularan COVID-19 dengan berhimpun beramai-ramai sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Selasa lepas.

Hakim Norsalha Datuk Hamzah menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh yang berusia antara 23 dan 41 tahun, termasuk empat yang tidak mempunyai dokumen perjalanan, membuat pengakuan bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan semua mereka yang bekerja sebagai buruh binaan itu, masing-masing dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa berhimpun beramai-ramai di sebuah rumah di Taman Desa Mutiara Indah, Batu Maung kira-kira pukul 9 malam, 20 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) Peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika di sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid manakala 21 tertuduh yang mempunyai dokumen perjalanan diwakili peguam Muhammad Arif Shaharuddin, sementara empat lagi yang tiada dokumen tidak diwakili peguam. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut