web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Banyak PPV Pandu Lalu Untuk OKU Akan Dibuka - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:58PM

PPV Pandu Lalu untuk OKU akan dibuka di negeri lain kerana tahap peratusan OKU yang telah menerima vaksin masih rendah. - Gambar Nur Muharram Kassim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu yang dikendalikan pertubuhan OKU Sentral akan dibuka di negeri lain bagi membolehkan lebih ramai penerima dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima suntikan masing-masing.

Pengerusi OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, pembukaan PPV Pandu Lalu seperti di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara itu adalah perlu kerana peratusan OKU yang telah divaksin masih rendah.

“OKU yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia setakat ini masih belum mencapai 600,000 sedangkan mengikut peratusan WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia), 15 peratus populasi sesebuah negara itu terdiri daripada golongan berkenaan.

“Ini bermaksud, di Malaysia ada 4.7 juta OKU tapi yang mendaftar adalah tidak sampai 600,000 jadi 4.1 juta OKU masih di luar sana,” kata Ras Adiba kepada Getaran semasa ditemui PPV Pandu Lalu berkenaan.

PPV Pandu Lalu seterusnya dijangka dibuka bulan depan, namun lokasi sebenar masih belum ditetapkan.

“Kami akan cuba memilih negeri mengikut peratusan jumlah penduduk OKU. Kami mungkin akan pergi ke bahagian tengah negeri tersebut bagi memudahkan sahabat-sahabat OKU di negeri berkenaan.

“Pendekatan sama akan digunakan untuk PPV Pandu Lalu terbabit, antaranya ruang pemantauan yang luas, lima stesen vaksinasi dan bilik rehat untuk OKU memerlukan," katanya.

Ras Adiba menarik perhatian, 7,000 OKU bersama penjaga masing-masing telah menerima dos suntikan di PPV Sime Darby sejak ia mula beroperasi 16 Jun lalu.

"Pemberian dos kedua adalah dikhususkan untuk Sinovac manakala dos pertama bagi sesi kali ini menggunakan vaksin Pfizer.

“Mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan status OKU pun akan kami berikan suntikan vaksin sebab kami nak menyelamatkan seberapa ramai sahabat OKU di luar sana,” katanya. - Getaran 23 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut