web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rentas Negeri, Majlis Pengebumian, Cetus Kluster Komuniti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 8:46AM

Tindakan beberapa individu yang melakukan perjalanan rentas negeri termasuk menziarahi majlis pengebumian telah mencetuskan kluster baharu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada 30 kluster baharu yang dilaporkan pada semalam berpunca daripada tindakan beberapa individu yang melakukan perjalanan merentas negeri termasuk untuk menghadiri majlis pengebumian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara kluster komuniti baharu dikesan adalah Kluster Jalan Bestari Yayasan yang berpunca daripada kes indeks seorang wanita tempatan berusia 53 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan dari Selangor ke Johor pada 9 Julai lepas bagi satu majlis pengebumian.

Beliau berkata wanita itu didapati positif COVID-19 pada 22 Julai dan hasil 38 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat, seramai 19 orang didapati positif.

“Satu lagi kluster komuniti melibatkan majlis pengebumian ialah Kluster Kerilla yang berpunca daripada kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan merentas negeri dari Klang, Selangor ke Tanah Merah, Kelantan pada 11 Julai lepas.

“Perbuatan itu mengakibatkan sembilan kes positif dikesan hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 23 kontak rapat,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Menurut Dr Noor Hisham, tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang melakukan sejarah perjalanan merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor pada 10 Julai hingga 15 Julai lepas turut mencetuskan kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok di Machang, Kelantan.

Beliau berkata setakat ini, seramai 12 orang didapati positif hasil 38 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat selepas kes indeks didapati positif COVID-19 pada 18 Julai lepas.

Sebanyak 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja.

Sebanyak 16 kluster merupakan kluster komuniti, lapan merupakan kluster tempat kerja, empat kluster kumpulan berisiko tinggi manakala masing-masing satu kluster keagamaan serta pendidikan tinggi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut