web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Vaksin Pfizer, Kuota TMJ' Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:33AM

MBJB menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai borang pendaftaran bagi vaksin jenis Pfizer di bawah kuota mana-mana pihak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mesej yang tular di media sosial yang memaklumkan orang ramai boleh mengisi borang pendaftaran 'Vaksin Pfizer, Kuota TMJ’ baru-baru ini, adalah palsu, menurut Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

MBJB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai borang pendaftaran bagi vaksin jenis Pfizer itu di bawah kuota mana-mana pihak.

Menurut MBJB borang yang ditularkan itu sebenarnya merupakan borang pendaftaran vaksin yang digunakan urusetia Southern Volunteers Johor Bahru.

"Borang berkenaan bertujuan membantu bagi mendaftarkan warga bandar raya ini yang masih belum mendaftar bagi pengambilan vaksin, sama ada menerusi aplikasi MySejahtera atau laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di http://www.vaksincovid.gov.my.

"Untuk makluman warga bandar raya juga, Southern Volunteers Johor Bahru turut menggunakan platform laman web JKJAV bagi menyemak dan mendaftarkan orang awam yang belum mendaftar vaksin," demikian menurut kenyataan itu.

MBJB turut menafikan dakwaan bahawa pendaftaran vaksin melalui borang Southern Volunteers lebih diutamakan untuk pemberian vaksin berbanding kaedah pendaftaran sendiri melalui aplikasi MySejahtera atau laman web JKJAV.

Berikutan itu, warga bandar raya diingatkan agar sentiasa menyemak maklumat yang diterima serta merujuk kepada saluran-saluran rasmi berkaitan maklumat vaksin COVID-19 sama ada melalui laman web dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan, JKJAV, Majlis Keselamatan Negara, Southern Volunteers atau MBJB. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad