web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribut Seolah-olah 'Malapetaka Tsunami' - Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 3:45PM

Mangsa ribut Mastura Abidin, 50, dibantu anak lelakinya Mohd Fahrin, mengemas dan membersihkan kedai mereka yang rosak dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kampung Teluk Jeri Luar ,Tanjung Sedili. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Penduduk menyifatkan ribut yang melanda Tanjung Sedili, di sini petang semalam seperti ‘tsunami kecil’ dan yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun.

Hujan lebat lebih dua jam bermula kira-kira 3 petang, disusuli ribut dan angin kencang, menyebabkan 291 rumah dan beberapa bangunan kerajaan mengalami kerosakan dan lebih 20 pokok tumbang. 

Seorang penduduk Rosli Gumri, 57, berkata ketika kejadian hanya anaknya Mohd Fahrin Rosli, 11, serta cucunya Adam, 9, tinggal di kedai runcitnya sementara isterinya keluar membeli barang. 

"Hujan dengan ribut yang dahsyat bagi saya, walaupun selalu berlaku angin kencang di kawasan ini tapi semalam itu luar biasa. 

"Berlaku dengan pantas, angin kencang yang menerbangkan bumbung dan atap rumah orang...seolah-olah malapetaka seperti tsunami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kedainya berdekatan Pekan Sedili, hari ini.   

Sementara itu, Mohd Fahrin masih terkejut dengan kejadian ribut semalam dan tidak percaya melaluinya sendiri bersama anak buahnya. 

"Apabila saya dengar bunyi kuat macam bunyi pokok (tumbang) , saya terus bawa Adam duduk bawah meja untuk berlindung. Ketakutan saya apabila dengar bunyinya (kuat sangat) macam nak akhir zaman," katanya yang hanya beredar dan mencari perlindungan di rumah datuknya selepas keadaan reda kira-kira 30 minit selepas itu. 

Seorang pekerja am Shazrul Faiza Mat Noor,  33, dia bersyukur kesemua tujuh ahli keluarga bersamanya ketika kejadian selamat meskipun kereta Myvi miliknya rosak teruk akibat ditimpa pokok kelapa. 

Dia yang sudah biasa dengan keadaan hujan lebat dan angin kuat kerana duduk di kawasan pantai tidak menyangka keadaan seteruk itu. 

"Tiba-tiba kita dengar bunyi angin macam berpusing, macam bunyi bersiul pun ada, tengok pokok dah macam joran, melengkung-lengkung.

"Tak lama lepas tu, pokok tumbang di atas kereta saya. Kami terus laung azan apabila berlaku. Apabila dah reda sikit, tengok rumah jiran-jiran ada yang tercabut bumbung, pokok tumbang di bumbung," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut