web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majoriti Pekerja Pengurusan Sisa Masih Belum Terima Vaksin - MTUC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 8:14AM

Pekerja penyelenggaraan dan pengurusan sisa sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan kerana skop tugasan yang memerlukan mereka sentiasa berada di luar rumah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti pekerja penyelenggaraan dan pengurusan sisa dikesan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 masing-masing walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah bermula lebih lima bulan.

Senario itu menimbulkan kekesalan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), apatah lagi golongan berkenaan sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan kerana skop tugasan yang memerlukan mereka sentiasa berada di luar rumah.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, ia menimbulkan kebimbangan kepada kumpulan petugas terbabit yang khuatir jika mereka dijangkiti virus berbahaya itu tanpa sedar.

Menurut beliau, golongan terbabit dikategorikan kerajaan sebagai sektor penting justeru mereka perlu diberi keutamaan mendapatkan vaksin, sama seperti petugas barisan hadapan yang lain.

“Kerajaan sudah mengkategorikan pekerja pembersihan awam, termasuk pekerja penyelenggaraan dan pengurusan sisa sebagai perkhidmatan perlu yang menyaksikan mereka bekerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga PKP 3.0.

“Namun apabila keutamaan pemberian vaksin dan elaun diberikan kepada barisan hadapan, pekerja pembersihan dikeluarkan dalam senarai terbabit,” katanya, kesal.

Keadaan tersebut jelas Kamarul Bahrin, menampakkan pekerja pembersihan awam seolah menjadi sektor kelas kedua yang tidak diiktiraf.

“Adakah sumbangan dan taraf pendidikan pekerja pembersihan  menjadi aspek kepada kerajaan dalam kedudukan mereka di barisan hadapan,” katanya.

MTUC tegas beliau lagi, dimaklumkan bahawa keadaan itu turut menimpa pekerja pembersihan awam yang bertugas menyelenggara kawasan sekolah.

“Mengikut perancangan kerajaan, sesi persekolahan (secara bersemuka) akan bermula 1 September ini, maka kita tidak mahu pekerja pembersihan yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 berdepan masalah,” katanya.

Kamarul Bahrin berkata, MTUC sangat kecewa dengan tindakan perlahan terhadap pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat, termasuk golongan pekerja.

Atas dasar ini jelas beliau, langkah mewajibkan pemberian vaksin COVID-19 kepada pekerja perlu dilaksanakan sebelum mereka dibenarkan bertugas, terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Penetapan itu katanya, selaras dengan laporan diberikan seorang doktor kontrak di Jabatan Kecemasan, bahawa penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang adalah amat tinggi, apabila mereka yang disahkan positif masih dipaksa bekerja hingga menjangkiti rakan sekerja lain.

“Alasan merancakkan ekonomi bagi pembukaan sektor perkilangan bukan satu pengecualian terhadap keselamatan pekerja, malah membiarkan syarikat tanpa pengawasan ketat setiap hari adalah punca penularan pandemik ini.

“Kenyataan doktor kontrak ini adalah sumber boleh dipercayai kerana mereka terbabit secara langsung. MTUC bimbang dan ingin mendapatkan penjelasan telus dan konkrit terhadap penularan virus dalam kalangan rakyat,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut