web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kisah Alyani, Suka Duka Petugas Kesihatan Perangi COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 8:33AM

Petugas barisan hadapan telah bertungkus-lumus bertugas tanpa henti dan tidak kira penat lelah sejak pandemik COVID-19 bermula, justeru rakyat Malaysia mendoakan mereka supaya terus cekal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang melanda negara umpama tiada noktah.

Kepenatan, keperitan, serta kepayahan yang dihadapi petugas barisan hadapan terutama sekali sektor kesihatan, tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang menentang virus berasal dari Wuhan, China itu.

Segala pengorbanan yang dicurahkan tatkala melalui detik suka itu menyebabkan segelintir daripada mereka tidak dapat lari dari rasa kecewa, sedih dan berputus asa, khususnya apabila melihat pesakit dirawat menghembuskan nafas terakhir.

Menceritakan pengalaman itu, Nur Alyani Ab Karim, 31, yang bertugas sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata, dia sangat terkilan apabila ada pesakit meninggal secara mengejut walaupun bukan digolongkan dalam kategori 4 atau 5.

Beliau yang kini diarahkan menjaga pesakit COVID-19 di wad ICU PPUM, tidak dapat menahan emosi apabila mengimbas kembali detik sukar menenangkan waris atau keluarga pesakit setiap kali berlaku kematian dalam kalangan mereka.

“Bayangkan, pada waktu itu pesakit yang asalnya dirawat di wad COVID biasa, tiba-tiba meninggal dunia dan kami tidak sempat untuk memaklumkan kepada keluarga.

“Ketika itu kami panik bagaimana mahu menguruskan pesakit yang tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jadi, kami terpaksa menguruskan jenazah terlebih dahulu, kemudian baru memaklumkan kepada keluarga,” katanya kepada Getaran.

Kesedihan itu jelas Alyani, dirasai semua petugas terlibat dan momen penuh kesayuan itu sebenarnya sudah dirasai sedari awal, apabila panggilan video dibuat kepada waris atau keluarga sebelum pesakit ditidurkan.

“Ketika sesi video call bersama waris, kami juga tidak dapat menahan sebak dan air mata turut sama mengalir, membayangkan jika peristiwa itu berlaku pada keluarga sendiri,” kongsinya.

Dalam kekalutan mengendalikan pesakit dan rawatan COVID-19, penularan virus jelas Alyani, ramai petugas kesihatan termasuk doktor dijangkiti virus maut itu, tidak kurang yang kehilangan ahli keluarga masing-masing, diragut pandemik berkenaan.

Senario itu mengundang kepada masalah kekurangan tenaga pekerja, menyebabkan ramai terpaksa bertugas lebih masa setiap hari.

“Setiap hari, tugas saya sebagai jururawat akan menjaga maksimum sembilan pesakit dan bekerja lebih masa adalah lumrah untuk membantu pasukan lain.

“Dalam keadaan sekarang, ramai jururawat dan kakitangan yang menjaga wad COVID-19 disahkan positif walaupun sudah mengambil suntikan vaksin. Ini kerana kami memang antara individu paling terdedah dengan virus berkenaan,” tambahnya.

Ketika ini jelasnya, sektor perubatan berdepan situasi genting apabila jumlah alat bantuan pernafasan semakin berkurangan, dek bilangan pesakit kategori kritikal semakin bertambah.

“Semakin ramai pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan, malah ada kes individu yang sudah menamatkan tempoh kuarantin di hospital sesak nafas tiba-tiba dan meninggal dunia.

“Dengan kemasukan varian baharu, ramai pesakit yang meninggal dunia itu dikategorikan sebagai masih muda, berusia antara 30 hingga 50 tahun,” katanya, gusar.

Keluhan Alyani mungkin hanya secebis dari jutaan kisah duka perlu dihadapi petugas kesihatan dalam menangani penularan pandemik.

Kalungan kata-kata penghargaan sebenarnya masih tidak memadai untuk membalas segenap khidmat bakti dicurahkan.

Kerana itu, sudi apalah kiranya jika rakyat saling bersatu hati, teguh memelihara keselamatan diri dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, biar lengkuk jangkitan segera dilandaikan.

Semua ini bukan untuk mereka, tetapi kita dan keluarga, biar hidup pulih seperti sedia kala.

Semalam, jangkitan COVID-19 direkodkan Malaysia melonjak kepada 17,045 menjadikan jumlah kumulatif kes melebihi sejuta iaitu 1,013,438.  

Ia adalah bilangan tertinggi direkodkan setakat ini sejak negara mula berdepan ancaman virus maut itu Januari tahun lalu. – Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut