web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Pekerja Kontrak Kesihatan: Jangan Sertai Mogok Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 7:46AM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa kesemua doktor dan petugas dalam perkhidmatan secara kontrak untuk tidak menyertai demonstrasi di seluruh negara hari ini and memperingatkan mereka bahawa ia boleh membahayakan banyak nyawa.

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya malam tadi, beliau berkata tunjuk perasaan itu boleh membahayakan nyawa dan juga kerjaya mereka, dan mengingatkan mengenai sumpah yang mereka ambil di awal perkhidmatan mereka, “primum non nocere” yang bermaksud ‘pertamanya jangan lakukan sesuatu yang buruk’ atau ketidakadilan terhadap pesakit mereka.

“Kami faham pada ketika anda mahu untuk terus bertugas dengan kementerian (Kementerian Kesihatan) secara tetap, pada masa ini kerajaan telah mengumumkan penambahan kontrak jawatan dua tahun untuk mereka.

“Ini akan memberikan masa untuk pindaan dilakukan kepada Akta Pencen, supaya jawatan tetap boleh dibenarkan untuk mencarum dengan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), sebagai contohnya, tanpa pilihan untuk pencen,” katanya.

Beliau turut menjelaskan yang kerajaan akan membenarkan mereka berjawatan secara kontrak dibenarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana, walaupun pada ketika berjawatan kontrak dan akan ditawarkan ke jawatan tetap dengan KWSP apabila ia dibenarkan.

“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan kita. Ingatlah kepada sumpah yang kita ambil secara ikhlas dan untuk berada bersama pesakit anda pada ketika mereka dan negara anda amat perlukan.

“Kitalah barisan pertahanan terakhir untuk memberikan rawatan kepada pesakit kita dan setiap nyawa adalah penting,” kata Dr Noor Hisham.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 23,000 doktor berjawatan kontrak akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara pada 26 Julai, selepas pelbagai usaha kumpulan itu untuk mendapatkan penyerapan ke jawatan tetap masih gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun pada 23 Julai, kerajaan telah bersetuju supaya lantikan kontrak kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk ditawarkan kontrak perkhidmatan dua tahun, sebaik tamat tempoh khidmat wajib mereka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Perdana Menteri berkata, Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun, bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut