web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketam Mengajar Anak Berjalan, Drama Klise Pemimpin Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 12:07PM

Shahul Hamid Abd Rahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik bukan sahaja berperanan mengemudi dan melindungi rakyat sebaik mungkin, tetapi harus menunjukkan tauladan sempurna bagi memastikan kewujudan sebuah masyarakat yang terurus.

Aspek itu tidak terhad kepada perkara tertentu, sebaliknya perlu mencakupi semua sudut kepimpinan, sama ada menerusi percakapan atau perbuatan supaya dihormati, sekali gus membolehkan perjuangan dibawa diikuti rakyat secara positif.

Ini termasuk pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diwujudkan ketika penularan pandemik COVID-19, sebagai langkah membendung krisis kesihatan itu.

Pematuhan tersebut bagaimanapun, seolah-olah tidak dipedulikan segelintir pemimpin politik di negara ini apabila ‘kantoi’ melanggar peraturan terbabit demi kepuasan peribadi.

Telunjuk lurus kelingking berkait, itu gambaran sikap mereka yang hanya pintar menggesa rakyat mematuhi SOP digariskan Majlis Keselamatan Keselamatan (MKN), tetapi pada masa sama, golongan ini juga dengan sewenang-wenangnya melanggar peraturan ditetapkan.

Buktinya dapat dilihat daripada kontroversi dicetuskan beberapa pemimpin politik apabila tular gambar atau video mereka ‘ditangkap’ berhimpun tanpa penjarakan sosial, malah rancak mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung tanpa mengenakan pelitup muka ketika PKP.

Tatkala ditanya, alasan klise diberikan kononnya acara terbabit diadakan sebelum penguatkuasaan PKP, seolah-olah rakyat terlalu dungu dalam membezakan antara benar atau tidak.

Jika tidak boleh melarikan diri lantaran bukti sudah terpampang di depan mata, ia dilunaskan dengan membayar kompaun dan memohon maaf diiringi muka polos tanpa riak bersalah, menjadikan kemarahan rakyat yang sedia membukit, menggunung dari hari ke hari.

Dalam keadaan negara berdepan jangkitan COVID-19 yang semakin mencanak naik sehingga melebihi 15,000 kes sehari, kelakuan golongan itu jelas amat tidak bertanggungjawab dan mementingkan negeri, sedangkan mereka seharusnya membantu negara membebaskan diri daripada belenggu pandemik terbabit.

Ia menjadikan rakyat tertanya-tanya, mengapa ‘warga kayangan’ tersebut begitu berani melanggar SOP, malah ada yang dilakukan berulang kali tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan keadaan sebaliknya menanti golongan marhaen.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan persoalan, benarkah ada keistimewaan dalam kalangan pemimpin politik ini sehingga membenarkan mereka bertindak sesuka hati atau sememangnya wujud layanan dua darjat antara golongan terbabit dan rakyat marhaen?

Mengulas isu itu, Penganalisis Jenayah, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim, berkata peraturan atau undang-undang diwartakan di negara ini bersifat adil kepada semua tanpa membezakan pangkat, status atau latar belakang individu.

Katanya, semua pemimpin politik sewajarnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat, bukan berperanan sebagai ‘dalang’ setiap kesalahan, khususnya dalam mematuhi peraturan sedia ada.

“Sepatutnya tunjuk contoh positif, kalau betul-betul nak buat apa-apa program dapatkan kelulusan daripada MKN dan polis, jadi apabila rakyat melihat serta bertanya, pemimpin ini boleh tunjukkan bukti dimiliki, bukan secara semberono melanggar peraturan sedia ada.

“Peraturan ini tidak ada pilihan, tidak ada peraturan ini untuk rakyat, ini pula untuk menteri atau peraturan berlainan kerana ia sememangnya dicipta untuk memberikan layanan sama adil kepada semua lapisan masyarakat,” tegasnya.

Shahul mengakui turut berasa hairan melihat sikap segelintir pemimpin yang dilihat seolah sengaja melanggar SOP, malah melakukannya berulang kali walaupun jelas dan nyata, ia adalah satu kesalahan.

“Pelik lah mereka (pemimpin politik tidak mematuhi SOP) ini, saya pun tidak faham mengapa mereka masih lagi melakukan kesalahan demi kesalahan walaupun sudah tahu tidak boleh dilakukan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dalam konteks ini tegas beliau, penguatkuasaan perundangan perlu dilaksanakan secara adil bagi mengelakkan tercetus perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan pihak tertentu, khususnya rakyat.

“Daripada aspek hukuman dan denda yang didakwa segelintir pihak sebagai tidak serata, penguatkuasa undang-undang seperti MKN kena melihat balik perihal ini supaya tidak timbul prejudis atau pilih kasih ke atas mana-mana kumpulan.

“Hukuman dan denda dikeluarkan perlu sama rata bagi kesalahan sama kerana kesalahan ini tidak ada kecil atau besar, kesalahan tetap kesalahan,” katanya.

Kamal Affendi Hashim
Kamal Affendi Hashim

Dalam perkembangan berkaitan, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, setiap rakyat Malaysia seharusnya ingat dan sedar kedudukan mereka di sudut perundangan, yang dilaksanakan menerusi peranan mahkamah.

Malah, setiap rakyat Malaysia, katanya, wajib menjunjung lima prinsip rukun negara, termasuk yang keempat, iaitu Kedaulatan Undang-Undang.

“Pemimpin politik harus mengaplikasi dan menghormati undang-undang ini kerana kalau mereka sendiri sebagai pembuat polisi peraturan gagal mematuhinya, apa lagi yang boleh diharapkan daripada masyarakat biasa,” katanya.

Kamal berkata, perlanggaran undang-undang sebenarnya bukan isu baharu, misalnya penggunaan tali keledar di tempat duduk belakang kenderaan yang sudah lama diwajibkan, tetapi tidak diterapkan sepenuhnya sama ada rakyat atau pemerintah.

“Jika orang mahu memimpin tidak menunjukkan contoh yang sewajarnya dalam mematuhi undang-undang diterapkan, maka sudah tentu rakyat sendiri merasakan tidak ada keperluan untuk mereka mengikutnya.

“Kita akui mungkin berlaku kekhilafan menyebabkan mereka tidak mematuhi undang-undang, tetapi jika kesilapan berulang, itu sama ada disengajakan atau golongan terbabit menghidap amnesia terlampau tinggi yang tidak melayakkan individu tersebut memegang sebarang jawatan,” katanya, sinis.

Ditanya hukuman ringan dikenakan ke atas sebilangan ahli politik, khususnya membabitkan nilai kompaun, Kamal berkata jumlah berkenaan tertakluk kepada anggaran ditetapkan pihak berkuasa.

“Setiap kes adalah unik, jadi misalnya apabila dikatakan individu boleh dikompaun antara RM1,000 hingga RM5,000, maksudnya mahkamah boleh merumuskan atau menjatuhkan apa-apa nilai di bawah anggaran terbabit berdasarkan fakta kes

“Salah faham ini timbul kerana ekonomi strata antara pemimpin politik dan rakyat dianggap berbeza, jadi apabila kita melihat kepada perbandingan berkenaan, sudah tentu tercetus pertikaian serta menganggap mereka dikenakan hukuman ringan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, pemimpin politik seharusnya menjaga tingkah laku, menunjukkan contoh baik dan mematuhi setiap undang-undang.

Pemimpin politik jelasnya, harus sedar peranan mereka sebagai ‘ketua’ yang memiliki barisan pengikut untuk melihat, mencontohi atau mengkritik setiap apa dilakukan.

“Adakah apa yang anda (pemimpin politik) lakukan hari ini dengan melanggar SOP peraturan atau undang-undang memang bertujuan supaya anda tidak dipilih sebagai pemimpin semula,” katanya. – Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut