web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2023 8:08PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menjalankan kajian untuk mendapatkan satu keputusan dasar berhubung pindaan kepada perundangan sedia ada dan penggubalan undang-undang baharu mengenai prosedur dan kuasa bagi menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan hari ini berkata, usaha yang termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam itu akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula bulan depan dengan kerjasama ahli akademik di universiti tempatan. 

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk terus menangani isu jenayah dalam talian bagi memastikan kewujudan persekitaran digital yang selamat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). 

Perkara itu hasil keputusan mesyuarat antara BHEUU, NFCC, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Sebagai tindak balas kepada cabaran yang semakin meningkat yang disebabkan oleh ancaman jenayah dalam talian, Kerajaan Perpaduan menggiatkan usaha dan komitmennya untuk memerangi jenayah dalam talian melalui reformasi perundangan selaras dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi. 

“Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti cabaran dan undang-undang sedia ada di bawah pelbagai kementerian dan/atau agensi yang berhubungan dengan ancaman jenayah dalam talian dan mengenal pasti langkah perundangan yang komprehensif yang boleh membanteras jenayah tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, lebih RM173 juta jumlah kerugian dilaporkan setakat 30 November lalu dengan 8,213 kertas siasatan dibuka NFCC, PDRM, MCMC dan BNM melibatkan pelbagai peruntukan termasuk melibatkan 529 akaun yang dibekukan dengan nilai lebih RM65.9 juta. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Mahkamah Sepanyol Putuskan Stampa Bersalah Hina Mahkamah, Dihukum Penjara 6 Bulan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang