web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2024 9:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian semalam yang dipengersikan secara bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata terdapat beberapa aspek yang boleh dikawal selia dengan akta sedia ada, bagaimanapun pihak jawatankuasa teknikal akan meneliti jenis perundangan yang diguna pakai di negara luar bagi memastikan keselamatan dalam talian adalah terjamin.

"Banyak negara lain mewujudkan akta khusus contohnya untuk kecerdasan buatan. Kita sedang teliti undang-undang yang ada di Malaysia... kita juga sedang meneliti di negara lain apakah cabaran yang dihadapi dan bagaimana melalui langkah perundangan mereka mewujudkan akta-akta baharu..ini sedang diteliti dan diselaras," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 2/2004 di sini hari ini.

Fahmi berkata mesyuarat itu juga mendengar isu dan cabaran dihadapi setiap agensi serta kementerian berhubung aspek keselamatan dalam talian termasuk membabitkan keselamatan kanak-kanak dan akan melaksanakan beberapa perkara yang memerlukan tindakan segera.

Azalina menerusi catatan di laman Facebook pula berkata perkhidmatan dalam talian adalah satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian namun alam siber kini dieksploitasi sehingga telah menjadi lubuk jenayah yang semakin berleluasa selain berada pada tahap yang membimbangkan.

Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik kesediaan Kementerian Sumber Manusia untuk mencari kaedah bagi membantu pekerja dan wartawan sambilan yang membabitkan pengamal media serta penggiat industri seni.

"Ini satu perkara yang telah lama saya perjuangkan. Kita sedang teliti sedikit perincian memandangkan aspek untuk pengamal media dan penggiat industri seni adalah berbeza.

"Saya juga ingin mengadakan perbincangan tambahan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim, mungkin dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) itu boleh dimasukkan aspek seperti pencen ilat dan pencen inakat untuk golongan ini," katanya.

Semalam Sim berkata terdapat kira-kira 30,000 pengamal media serta penggiat industri seni dalam negara dan menzahirkan hasrat untuk memperluas liputan perlindungan di bawah PERKESO kepada mereka antaranya menerusi SKSPS yang memberikan perlindungan kepada individu bekerja sendiri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka