web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Pejabat Lebuhraya PLUS Jadi PPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 7:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bersepadu bagi memberikan suntikan vaksin kepada 2,000 orang sehari.

Dalam satu kenyataan semalam syarikat itu berkata langkah berkenaan dijayakan hasil kerjasama dengan rakan penasihat perubatan, Primer Cherang bersama dengan Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurutnya Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memilih ibu pejabat Persada PLUS sebagai salah satu daripada 14 venue imunisasi awam bagi mempercepatkan pemberian vaksin menerusi Kapasiti Lonjakan Operasi dalam usaha memastikan semua orang dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos dan membantu melandaikan lengkuk jangkitan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata mereka bangga dapat memainkan peranan dalam membantu negara menyegerakan usaha meningkatkan jumlah imunisasi penduduk.

“Lebih pantas kita capai sasaran untuk membolehkan kita masuk ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih cepat ekonomi dapat diperbaiki, perniagaan boleh pulih,” kata beliau yang dipetik kenyataan itu.

PLUS berkata pihaknya akan menghimpunkan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan dari Primer Cherang dan Protect Health, dalam usaha membantu mevaksin seramai mungkin rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat pemberian vaksin Persada PLUS, orang ramai boleh melawat laman web www.plus.com.my dan laman media sosial PLUS Malaysia menerusi Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad