web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri IPTS Pelepasan Cukai 2 Tahun Demi 'Survival' - Maszlee

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 1:46PM

Dr Maszlee Malik - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik mencadangkan supaya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diberikan pelepasan cukai (tax holiday) selama dua tahun bagi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan perniagaan dalam situasi COVID-19 yang melanda negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga mencadangkan IPTS yang menawarkan biasiswa kepada penuntut diberi pengecualian cukai mengikut kadar biasiswa yang ditawarkan.

“Kerajaan juga perlu memberikan susbsidi bayaran yuran kepada pelajar dari golongan M40 dan B40 yang belajar di IPTS yang memungkinkan IPTS menurunkan yuran mereka,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Maszlee turut mencadangkan agar pengecualian visa dan caj pengurusan visa kepada Education Malaysia Global Services (EMGS) diberi kepada pelajar antarabangsa yang mendaftar dan belajar secara dalam talian di IPT dalam tempoh pandemik ini sehinggalah mereka perlu datang ke Malaysia.

Beliau berkata inisiatif bantuan itu perlu memandangkan wabak COVID-19 mencabar kemandirian IPTS yang kebanyakannya dilanda krisis berikutan kurangnya kemasukan pelajar baharu sepanjang tempoh pandemik itu, terutama penuntut antarabangsa yang majoritinya punca pendapatan kepada IPTS tempatan.

Pada masa ini terdapat 537,434 penuntut di IPTS seluruh negara daripada keseluruhan 1.3 juta penuntut dalam pendidikan tertiari - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut