web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Pakai Pelitup Muka, Tajuddin Dikompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 8:19PM

Tajuddin telah dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di Parlimen, pada 26 Julai 2021. - Gambar dari Twitter @sultanoftasik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi berdepan kontroversi apabila beliau melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka ketika berada di Parlimen.

Menurut Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, tindakan diambil susulan gambar Tajuddin di Parlimen yang dimuatnaik di dalam pengguna twitter @sultanoftasik pada jam 10 pagi tadi.

Siasatan yang dijalankan, katanya mendapati gambar itu dirakamkan ketika Tajuddin menghadiri sidang khas Dewan Rakyat di Parlimen semalam.

''Kira-kira pukul 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama seorang individu lain di ruang legar Parlimen.

''Atas perlanggaran SOP tersebut, satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini pada jam 1 tengah hari,'' kata Eng Lai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah kompaun yang dikenakan itu.

Jun lalu, Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) telah dikenakan kompaun RM1,500 kerana melanggar SOP apabila tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei lalu, berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT KLCC. - Getaran, 27 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut