web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Berulangkali Polis Satu Intimidasi - Sekretariat Solidariti Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:26PM

Beberapa peserta kempen Bendera Hitam telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi esok untuk memberikan keterangan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekretariat Solidariti Rakyat mengecam tindakan polis yang terus menjalankan soal siasat terhadap peserta kempen Bendera Hitam walaupun sudah empat hari program itu diadakan.

Menurut sekretariat, lebih 30 siasatan berasingan dikenakan ke atas peserta kempen terbabit, termasuk tiga individu yang sudah dipanggil memberikan keterangan di Balai Polis Dang Wangi esok.

Mereka dipanggil untuk disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sekretariat Solidariti Rakyat mengecam tindakan polis kerana berulang kali menyalahgunakan undang-undang untuk menghalang anak muda yang sudah dan ingin berhimpun, termasuk pada Sabtu, 31 Julai 2021, jam 11 pagi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

“Tindakan polis ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang bukanlah untuk mempertahankan kepentingan rakyat, tetapi melindungi kepentingan pihak tertentu daripada dikritik,” katanya.

Sekretariat Solidariti Rakyat berkata,  tindakan seumpama itu adalah intimidasi dan ugutan terhadap kebebasan bersuara anak muda yang hanya ingin membawa tuntutan rakyat.

“Rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dipandang enteng, menteri melanggar prosedur operasi standard (SOP) selepas berbulan baharu dibuka kertas siasatan.

“Anak muda dan rakyat biasa yang ingin membawa suara sengsara rakyat begitu laju serta zalim sekali disiasat, malah diugut berkali-kali dengan menggunakan undang-undang,” katanya.

Menurut sekretariat, Sekretariat Solidariti Rakyat serta anak muda akan tetap turun ke jalan raya pada 31 Julai ini di Dataran Merdeka, demi membela nasib rakyat dan bagi menunjukkan kepada kerajaan yang tidak kompeten bahawa suara mereka adalah keramat.

"Peserta mempunyai hak untuk berhimpun dan akan melaksanakan misi itu dengan mematuhi SOP ditetapkan.

"Semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bersama-sama turun ke Dataran Merdeka pada perhimpunan itu," katanya.

Siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanan Keseksaan membabitkan kesalahan menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau mana-mana golongan awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikenakan bagi tuduhan menyebarkan kandungan bersifat lucah, palsu serta mengancam orang lain dan jika disabitkan kesalahan boleh dedenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selam tempoh tidak melebih satu tahun atau kedua-duanya.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut