web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempat Duduk Tengku Razaleigh Di Dewan Rakyat Diubah Ke Blok Bebas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 5:51PM

Tengku Razaleigh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempat duduk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah diubah ke Blok Bebas, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau berkata perubahan kedudukan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas mendapat permohonan daripada Ahli Parlimen UMNO itu.

“Tempat duduk (Tengku Razaleigh) sebenarnya telah ditetapkan oleh Speaker di sebelah belakang iaitu blok yang bebas,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan pelitup muka daripada syarikat Obor International Sdn Bhd yang digunakan atlet Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.

Mohd Rashid berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 2(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membolehkan beliau menetapkan kerusi bagi tiap-tiap ahli dan bolehlah diubah ketetapan itu dari masa ke masa sebagaimana yang difikirkan wajar.

Tengku Razaleigh dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar bertarikh 26 Julai  memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran Blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

Terdahulu, Mohd Rashid menerima 300 pelitup muka daripada Pengarah Obor International yang juga bekas atlet gimnas kebangsaan Kau Git Kaur untuk diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen, kakitangan dan pengamal media di bangunan Parlimen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad