web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MATTA: Wujudkan Pasport Vaksin ASEAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 7:52AM

MATTA mencadangkan supaya negara ASEAN boleh mewujudkan Sijil Digital COVID-19 ASEAN, untuk memulihkan semula industri pelancongan. Gambar menunjukkan kawasan pelancongan popular, Phuket. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), mencadangkan kepada kerajaan negara-negara ASEAN untuk mewujudkan Sijil Digital COVID-19 ASEAN, sebagai persediaan untuk pembukaan semula sempadan di rantau ini.

MATTA membawakan cadangan bagaimana kerajaan negara-negara ASEAN, dapat mengadakan protokol pasport vaksin yang diterima secara meluas, disebabkan kebanyakan negara ASEAN kini mempercepatkan program imunisasi kebangsaan mereka, membolehkan sempadan antarabangsa dibuka tidak lama lagi, seperti dijangkakan.

Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata, satu set prosedur operasi standard (SOP) yang seragam perlu diadakan, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan negara ASEAN.

Beliau berkata, negara-negara ASEAN seharusnya menimbangkan pas lawatan IATA dan pasport vaksin WHO, untuk membolehkan perjalanan antarabangsa bersama dengan Sijil Digital COVID-19 ASEAN, ke arah kerjasama oleh kerajaan-kerajaan ASEAN.

Beliau menjelaskan bahawa memiliki sijil ini akan menjadi satu penyelesaian yang praktikal, dalam melihat risiko status penumpang sebelum perjalanan, termasuk memberikan keyakinan kepada pengembara untuk perjalanan yang selamat.

“Secara idealnya, Sijil Digital COVID-19 ASEAN, akan memberikan maklumat bukti vaksinasi, untuk menunjukkan jika seseorang itu mempunyai keputusan ujian SARS-COV-2 yang negatif, ataupun telah pulih daripada COVID-19,” katanya.

MATTA mencadangkan proses verifikasi ‘sehenti’ sebelum waktu berlepas, melibatkan koordinasi antara pihak berkuasa, lapangan terbang dan syarikat penerbangan, bagi mengelakkan duplikasi.

Datuk Tan berkata, negara-negara ASEAN seharusnya memastikan yang verifikasi dijalankan seawal mungkin dan sebaiknya sebelum pengembara itu tiba di lapangan terbang, bagi memastikan pergerakan yang lancar bagi kesemua pihak yang terlibat.

Beliau berkata, negara-negara ASEAN perlu secara agresifnya menampilkan Sijil Digital COVID-19 ASEAN, bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Akhirnya, beliau berkata, Sijil Digital COVID-19 itu akan dapat membantu mereka yang kehidupan mereka bergantung kepada industri pelancongan di negara-negara ASEAN dan perjalanan antara ASEAN itu penting, dan tidak boleh bergantung kepada perjalanan jarak jauh dan gelembung pelancongan, untuk memulihkan semula ekonomi industri pelancongan rantau ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad