web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Terlelap, Kereta Dipandu Terbabas Dalam Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 6:32PM

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa Nurul Ain Shamyra Shariff, yang terperangkap dalam kereta Proton Persona dipandunya selepas hilang kawalan dipercayai terlelap lalu terbabas ke dalam Sungai di Kilometer 61, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dipercayai terlelap ketika memandu menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kilometer 61, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa Nurul Ain Shamyra Shariff, 22, menaiki kereta Proton Persona seorang diri dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan kerana dipercayai mangsa terlelap ketika memandu sebelum kenderaannya terbabas ke dalam sungai dan terbalik.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian leher manakala keretanya rosak serta remuk pada bahagian bumbung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima laporan kejadian itu pada 7.37 pagi sebelum 11 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa telah dikeluarkan dari kereta oleh orang awam. Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan kereta mangsa dari sungai menggunakan pengusung dan tali.

“Ketika kejadian mangsa difahamkan dalam perjalanan menghala ke tempat kerjanya di Pasar Borong Song Seng,” katanya sambil menambah, operasi menyelamat ditamatkan pada 8.18 pagi.

Mohd Rafi berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Air Tawar 2 sebelum dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad