web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Rogol Kambing, Warga Emas Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 11:31AM

Warga emas berusia 60 tahun direman selama 7 hari bermula semalam kerana disyaki melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di Serandah, Hulu Selangor, minggu lepas. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga emas ‘terlampau’ yang disyaki melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di Serendah, Hulu Selangor, Selasa lalu, direman selama tujuh hari bermula semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 60 tahun terbabit dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Mohamad Azrul Muhd Sabri.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata suspek akan direman sehingga 4 Ogos depan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan dijalankan terhadapnya.

“Polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi arahan selanjutnya.

“Setakat ini kita masih dalam proses melengkapkan siasatan. Kita perlu tunggu beberapa laporan, antaranya daripada Jabatan Veterinar," katanya.

Seksyen 377 merujuk kepada persetubuhan luar tabii dengan haiwan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta didenda dan disebat.

Seksyen 289 pula melibatkan kecuaian dengan haiwan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Getaran sebelum ini melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki merogol seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati.

Kejadian disedari oleh pemilik ternakan berkenaan sebelum ia dilaporkan kepada pihak polis. - Getaran, 30 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad