web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Boleh Langkau Kuasa Jika Darurat - Pakar Perlembagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 6:25PM

Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memang benar kuasa Yang di-Pertuan Agong mempunyai batasan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 40, namun tahukan anda bahawa had kuasa tersebut boleh dilangkau dalam beberapa senario tertentu?

Antara situasi yang membolehkan Agong bertindak demikian adalah apabila Proklamasi Darurat disytiharkan di bawah Perkara 150, yang mana kluasa 150(2B) perkara itu turut membolehkan Agong untuk menggubal sebarang ordinan darurat.

Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Professor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, Perkara 44 memperuntukkan bahawa kuasa perundangan kepada Persekutuan terletak pada Parlimen yang terdiri daripada Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Apabila Agong melaksanakan kuasa penggubalan Ordinan, baginda bertindak sebagai pemegang kuasa legislatif. 

"Justeru, adalah bercanggah, jika ada dakwaan kononnya Ordinan Darurat boleh digubal mahupun dibatalkan di dalam atau luar Parlimen,” katanya ketika mengulas tentang perkembangan terbaru isu politik dan pentadbiran negara.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong juga boleh menggubal Ordinan yang membabitkan pemecatan dan perlucutan jawatan Perdana Menteri.

“Tetapi peruntukan itu hendaklah sesuai dengan tujuan proklamasi darurat. Ini hendaklah berlaku dalam tempoh darurat.

“Jika Jemaah Menteri tidak bersetuju dengan Ordinan sedemikian, mereka boleh kemukakan usul untuk dibahaskan dalam Parlimen bagi mengungkaikan ordinan itu,” jelas Wan Ahmad Fauzi.

Dakwaan bahawa Agong telah melangkaui bidang kuasanya yang bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa timbul apabila baginda berdukacita dengan tindakan kerajaan yang membatalkan kesemua ordinan darurat pada 21 Julai tanpa perkenan.

“Kedudukan Agong sebagai entiti Parlimen membolehkan, dalam keadaan khas yang dibenarkan oleh undang-undang, Baginda bersendirian bertindak sebagai institusi itu.

“Pada hakikatnya, suatu Ordinan boleh dibatalkan oleh Agong atau diungkaikan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara seperti yang termaktub di bawah Perkara 150(3),” ujar Wan Ahmad Fauzi.

Untuk mengukuhkan hujahnya yang menyangkal pandangan bahawa Agong sentiasa perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti termaktub dalam Perkara 40(1), Wan Ahmad Fauzi memetik penghakiman beberapa kes.

“Mahkamah dalam kes Teh Cheng Poh dan kes Madhavan Nair, telah terkhilaf kerana mengabaikan Perkara 44 dan pengecualian Perkara 40(1) ketika mentafsirkan penggubalan ordinan di bawah Perkara 150(3) hendaklah mengikut nasihat Jemaah Menteri.

“Penghakiman kes Indira Gandi mengiktiraf dan menetapkan prinsip pemisahan cabang kuasa, iaitu batasan fungsi kuasa eksekutif dan legislatif sebagai salah satu struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipinda daripada kerangka udang-undang,” jelasnya.

Bagaimanapun, apa-apa ordinan boleh luput dengan sendirinya apabila tamat tempoh enam bulan selepas tarikh darurat berakhir, tambah beliau.

Darurat yang sedang berkuatkuasa di Malaysia ini akan berakhir pada Ahad nanti. 

Proklamasinya diperkenan oleh Al-Sultan Abdullah pada 11 Januari 2021 bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Namun, rentetan desakan pelbagai pihak, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk mengadakan sidang khas Parlimen mulai 26 Julai sehingga 2 Ogos setelah Agong menitahkan beliau untuk berbuat demikian. – Getaran, 30 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad