web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Giliran Sidang Khas Mesyuarat Dewan Negara Pula Ditangguhkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 7:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Dewan Rakyat, Sidang Khas Mesyuarat Dewan Negara yang sepatutnya berlangsung 3 sehingga 5 Ogos ini pula ditangguhkan ke suatu tarikh  ditetapkan kelak.

Notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah kepada Ahli Dewan Negara, hari ini menyatakan, Yang Dipertua Dewan Negara menerima makluman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai 2021 berhubung perkara itu.

Pemakluman tersebut memutuskan supaya persidangan Dewan Negara ditangguhkan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

“Penangguhan ini dibuat berdasarkan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan penilaian risiko semasa yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ia susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 dan KKM berpendapat, Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk penularan jangkitan COVID-19,” menurut notis terbabit.

Penangguhan Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat esok dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin kepada semua Ahli Parlimen, semalam.

Menerusi notis dikeluarkan, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut