web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan ‘Walk-In’ Untuk Dos Kedua, Patuhi Janji Temu - JKJAV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 7:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menunggu pemberian suntikan kedua vaksin COVID-19 diminta mematuhi tarikh janji temu ditetapkan dan tidak hadir secara ‘walk-in’.

Permintaan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi ciapan di Twitter ketika menjawab persoalan seorang pengguna laman sosial terbabit.

“Saya sudah menerima vaksin dos pertama saya pada 21 Julai, boleh saya ‘walk-in’ untuk mendapatkan suntikan dos kedua saya dan berapa hari untuk dikira sebelum saya boleh menerimanya, saya dapat Astra Zeneca,” ciap pengguna itu.

“Bagi dos vaksin kedua, mohon tunggu untuk janji temu dos kedua anda,” balas JKJAV.

Semalam, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan, pemberian vaksin secara ‘walk-in’ akan dilaksanakan bermula esok.

Dua kaedah akan digunakan untuk pemberian vaksin secara ‘walk-in’, khusus untuk penduduk di Lembah Klang, iaitu di 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menerusi program jangkauan ke kawasan pinggiran.

PPV itu adalah tiga di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), iaitu HCO F, HCO G dan HCO H; PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC); PPV Hotel Wyndham, Klang, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; PPV Dewan Komuniti Serendah; PPV Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Manakala PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dikhaskan untuk pemberian vaksin secara ‘walk-in’ untuk warga asing.

Pada 2 hingga 4 Ogos in, pemberian vaksin adalah khusus untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.

Selepas tarikh itu, iaitu bermula 5 hingga 22 Ogos pemberian vaksin adalah terbuka untuk warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan masa ‘walk-in’ bermula jam 2 petang setiap hari yang mana tertakluk kepada hari operasi setiap PPV. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut