web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangguh Dewan Rakyat Bukti Kerajaan Gagal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 7:41AM

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari ini telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini membuktikan kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan isu berkaitan Perlembagaan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, berkata sidang itu seharusnya menjadi medan perbincangan dan merangka dasar serta strategi baharu dalam menangani COVID-19.

Bagaimanapun katanya, sidang itu menjadi huru-hara selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengelirukan sidang dewan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

“Kini adalah masa untuk semua pihak memberi tumpuan kepada COVID-19, jadi penangguhan sidang bukan sahaja bertentangan dengan keperluan merangka strategi baharu untuk melawan COVID-19, tetapi juga disalahgunakan pemerintah.

“Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membenarkan Dewan Rakyat bersidang bagi membincangkan isu COVID-19 dan perkara berkaitan Perlembagaan yang semakin kritikal,” katanya.

Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin melalui notis kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, kelmarin memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Notis itu berkata, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelumnya dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan berkenaan, selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pula menegaskan, sidang di Dewan Rakyat perlu diteruskan memandangkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sejak 11 Januari lalu, telah berakhir semalam.

Katanya, itu antara faktor yang mewajibkan sidang diteruskan hari ini supaya perkara berkaitan Proklamasi dan Ordinan Darurat boleh dibahas serta diputuskan.

"Tengah malam tadi, Proklamasi Darurat telah berakhir.

“Tetapi adakah semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan sejak 11 Januari turut luput secara automatik? Tidak.

"Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan dengan sangat jelas berkata semua Ordinan Darurat terus berkuat kuasa selama enam bulan lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempertikaikan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangguhkan persidangan, memandangkan kes positif COVID-19 di Parlimen hanya 0.9 peratus, iaitu di bawah paras disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Takut sangat nak bahas darurat.

“Jangan ingat rakyat bodoh. Saya dan rakan Ahli Parlimen dibayar untuk bertugas di Parlimen,” katanya menerusi Facebook.

Syed Saddiq berkata, beliau tetap akan ke Parlimen pagi ini walaupun tindakannya itu bakal dihalang.

“Saya tetap akan ke Parlimen kerana itu tugas saya. Nak halang tugas saya, halanglah,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad