web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Tahanan Lari Dari PKRC, Berjaya Ditangkap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:16AM

3 daripada 4 tahanan yang melarikan diri dari PKRC Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di Penampang, berjaya ditangkap semula semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Polis memberkas semula tiga daripada empat tahanan, yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan iaitu dua warga Filipina Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, serta seorang warga tempatan Arippian Abdul, 27, ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu, pada 5.45 petang.

“Pada masa yang sama polis masih memburu seorang lagi tahanan yang bolos, seorang warga Filipina iaitu Mohd Rahman Basir, 24,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Haris berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai tahanan berkenaan diminta untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 24 Julai lepas, empat tahanan berkenaan dipindahkan dari Balai Polis Penampang ke PKRC itu selepas disahkan positif COVID-19, sebelum mereka didapati melarikan diri daripada pusat kuarantin berkenaan pukul 3.30 pagi.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad