web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Pesakit COVID Hidup Semula? Itu Palsu - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:00AM

HKL menafikan kononnya ada pesakit COVID-19 yang disahkan meninggal dunia, didapati masih hidup seperti tular di media sosial. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan mesej tular yang mendakwa kononnya ada pesakit COVID-19 yang disahkan meninggal dunia, namun semasa mayat tiba di lokasi pengebumian pesakit itu didapati masih hidup.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan malam ini berkata HKL menjelaskan bahawa tiada kejadian berlaku seperti dakwaan mesej tular berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej itu dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini tular mesej yang mendakwa seorang pesakit COVID-19 yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi didapati masih hidup semasa di lokasi pengebumian dan seterusnya dibawa kembali ke HKL untuk rawatan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut