web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Takiyuddin Tak Salah - Zuraida

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:34AM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu dianggap tidak salah, walaupun jelas ia dilakukan tanpa menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mempertahankan tindakan tersebut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan terbabit adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, susulan upacara menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum itu bagi mempersembahkan cadangan berkenaan.

Ahli Parlimen Ampang itu mendakwa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar dipersalahkan atas tindakan yang sememangnya termaktub dalam perundangan negara.

“Kalau kamu mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan, Takiyuddin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tindakan terbabit adalah keputusan bersama Kabinet, tak ada apa yang salah dalam hal itu,” jelas beliau, dipetik Awani sebagai berkata.

Beliau menyatakan demikian dalam sesi bual bicara Consider This bertajuk Constitutional Crisis Resolve? dikendalikan hos Melisa Idris dan Sharaad Kuttan malam tadi.

Yang di-Pertuan Agong minggu lalu menzahirkan rasa teramat dukacita atas tindakan kerajaan PN membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat, sedangkan perkara itu jelas belum menerima perkenan baginda.

Titah baginda, kenyataan disampaikan Takiyuddin pada Sidang Khas Dewan Rakyat  itu jelas tidak tepat dan mengelirukan semua Ahli Parlimen yang hadir.

Dalam satu kenyataan rasmi Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pembatalan ordinan itu masih belum diperkenankan baginda.

Seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah, Pejabat Perdana Menteri (PMO) selepas itu mengeluarkan kenyataan bahawa perkara berkenaan telah dipersembahkan oleh Muhyiddin kepada Seri Paduka Baginda ketika sesi menghadap pada 27 Julai.

Menurut kenyataan terbabit, Kabinet telah mencadangkan kepada baginda untuk ordinan berkenaan dibatalkan sebelum Sidang Khas Dewan Rakyat bermula.

PMO juga dipetik sebagai berkata, Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan bahawa Seri Paduka Baginda perlu bertindak mengikut apa yang dicadangkan Kabinet. – Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad