web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Rugi RM3,230 Ditipu Pembelian Kucing Menerusi Instagram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 10:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pekerja swasta membuat laporan polis mendakwa diperdayakan dalam pembelian dua ekor kucing menerusi laman sosial Instagram hingga kerugian RM3,230 semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 24 tahun itu mendakwa bayaran dibuat bagi membeli kucing baka British Shorthair dan British Longhair, masing-masing diiklankan pada harga RM290 dan RM240.

“Mangsa mendakwa telah menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada iklan di laman itu dan berurusan dengan seorang lelaki sebelum memindahkan wang secara dalam talian ke akaun bank yang diberikan sebanyak empat kali berjumlah RM3,230 yang dikatakan sebagai bayaran kucing dan proses dokumentasi.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan terus meminta wang atas pelbagai alasan termasuk bagi mendapatkan sijil kelahiran kucing menyebabkan mangsa curiga.

“Mangsa mendakwa enggan meneruskan pembelian dan meminta wangnya dikembalikan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mendakwa suspek berkeras tidak mahu memulangkan wang itu, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 Sementara itu, Mohd Wazir berkata seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Cameron HIghlands turut mendakwa dirinya kerugian RM30,000 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan anggota polis.

Menurutnya, mangsa dihubungi seorang wanita petang semalam dengan mendakwa syarikat didaftarkan atas nama mangsa mempunyai tunggakan cukai sebelum seorang lelaki kononnya berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah memaklumkan dirinya terlibat dengan kumpulan pengedar dadah.

“Mangsa mendakwa telah memindahkan semua wang simpanannya ke akaun diberikan anggota polis itu bagi tujuan siasatan pada 4.30 petang semalam dan sejak itu tidak menerima lagi panggilan telefon selain gagal menghubungi suspek sekali gus menyebabkan dia berasa ditipu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut