web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Senator Dewan Negara Sanggup Ingkar Kerajaan, Taat Titah Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 11:41AM

Mohd Yusmadi menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah di laluan perkarangan masuk Parlimen, hari ini. - Gambar Syeda Imran

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 16 Ahli Dewan Negara sebulat suara menyatakan kesediaan untuk mengingkari arahan kerajaan yang menangguhkan sidang khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dalam surat kepada Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini, kumpulan berkenaan mendesak sidang Parlimen disambung kembali pada kadar segera, bagi membolehkan pembatalan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat dibahaskan.

Menurut mereka, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

“Mengikut Fasal 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat bukan sahaja perlu dibentangkan di Dewan Rakyat malah ia wajib dibentangkan di Dewan Negara.

“Adalah wajar untuk Dewan Negara membetulkan kekhilafan yang berlaku di Dewan Rakyat apabila Proklamasi dan Ordinan Darurat dibatalkan oleh Kabinet tanpa melalui kedua-dua Dewan," kata kumpulan itu di luar bangunan Parlimen pagi tadi.

Diketuai Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusof (Pakatan Harapan (PH - Pulau Pinang), kumpulan, mereka turut menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda mengangkat ketinggian Parlimen sebagai institusi rakyat  perlu dihormati.

Bantahan hari ini adalah rentetan daripada protes yang dilaksanakan oleh beberapa Ahli Parlimen blok Pembangkang semalam yang turut membantah penundaan sidang khas Dewan Rakyat semalam.

Kedua protes minggu ini berlatarbelakangkan pembatalan ordinan-ordinan darurat yang dibuat oleh Kerajaan secara ‘back-dated’ pada 21 Julai tanpa dibahas di Dewan Rakyat, sehingga  mendukacitakan Seri Paduka Baginda 

Kerajaan bagaimanapun berkata, penundaan sidang khas kedua-dua dewan tersebut yang diumumkan hujung minggu lalu adalah susulan kepada beberapa kes jangkitan COVID-19 yang dikesan di bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, alasan penundaan yang diberikan oleh pihak kerajaan itu, disifatkan sebagai tidak munasabah.

“Kami juga dimaklumkan bahawa hampir kesemua (99 peratus) Ahli-Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah mendapat dua dos vaksin. Ini bermakna kawasan Parlimen sudah mencapai imuniti kelompok.

“Jika terdapat kes COVID-19 sekali pun, ia tidak memudaratkan. Dewan Negara adalah tempat terbaik untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Tambahan pula kesemua Ahli Dewan Negara telah menjalani ujian COVID-19 pada 30 Julai lalu,” jelas kumpulan terbabit.

Kesemua senator itu turut mengeluarkan siaran media berasingan, bagi mengulangi pendirian tegas mereka untuk tidak bersetuju dengan penderhakaan dibuat kerajaan.

“Kami percaya Dewan Negara sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan seperti diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Surat terbabit ditandatangani Raj Munni Sabu (Pakatan Harapan – Lantikan Agong), Datuk Theodore Doughlas (Warisan – Lantikan Agong), Datuk Ismail Yusop (PH – Perak), Dr Yaakob Sapari (PH – Selangor), Datuk Donald Peter Mojuntin (UPKO – Sabah), Datuk Husam Musa (PH – Lantikan Agong), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PH – Pulau Pinang).

Manolan Mohamad (PH – Lantikan Agong), Laksamana (B) Mohd Imran Abdul Hamid (PH – Lantikan Agong), Dr Ahmad Azam Hamzah (PH – Negeri Sembilan), Lim Hui Ying (PH – Pulau Pinang), Nga Hock Cheh (PH – Perak), Alan Ling Sie Kiong (PH – Lantikan Agong), Adrian Banie Lasimbang (PH – Lantikan Agong), Kesavadas Achyuthan Nair (PH – Negeri Sembilan), Suresh Singh (PH – Selangor). – Getaran, 3 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad